RAMBUT merupakan mahkota bagi wanita. Cara sikat rambut juga boleh mempengaruhi kekuatan dan kecantikan rambut anda tau.
Ini enam cara sikat rambut dengan betul untuk mengurangkan masalah rambut yang anda hadapi.
1. Pilih material sikat yang betul
Gunakan sikat yang menggunakan material yang lembut dan sesuai dengan rambut anda. Kalau anda menggunakan sikat yang keras dan kasar, kulit kepala anda juga mungkin akan terluka.
2. Jangan sikat rambut ketika rambut anda basah
Elakkan menyikat rambut anda ketika rambut sedang basah. Ia boleh menyebabkan rambut anda gugur dan bercabang kerana liang rambut terbuka ketika rambut anda basah.
3. Sikat rambut terlebih dahulu sebelum syampu
Untuk mengurangkan rambut yang kusut dan bersimpul, pastikan anda sikat rambut sebelum syampu rambut. Ia juga akan menyenangkan proses syampu rambut anda dengan menyeluruh.
4. Jangan sikat rambut sebelum tidur
Menyikat rambut sebelum tidur akan menimbulkan stimulasi untuk pengeluaran sebum yang akan menggatalkan kulit kepala dan merosakkan rambut. Selain itu, ia akan membuatkan rambut menjadi rapuh dan senang putus.
5. Sikat hanya beberapa inci daripada akar rambut
Selalunya kita akan sentiasa sikat rambut dari akar rambut hingga ke hujung. Tapi sebenarnya, ia boleh menyebabkan rambut mudah putus dan gugur kerana kemungkinan hujung rambut anda tersimpul dan akan menarik akar rambut anda.
6. Jangan sikat rambut bahagian kerinting terlalu kerap
Sekiranya anda mempunyai rambut kerinting, pastikan bahagian"curl” tidak disikat terlalu kerap. Ia untuk mengekalkan ‘bouncy’rambut dan juga rambut kerinting lebih sensitif dan perlukan penjagaan yang rapi dan betul.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda mendapatkan rambut yang sihat dan lebat!
Penulis: Fatin Syazwani Binti Mohammed Hanif
Sumber: Siraplimau, Unsplash