Gambar persis jurukamera profesional, Vivo Siri X60 lebih canggih dan bergaya

Iklan
VIVO X60

LEBIH canggih dan bergaya! Itulah ciri telefon pintar terbaharu Vivo, Siri X60.

Siri X60 yang terdiri daripada X60 dan X60 Pro itu merupakan keluaran sulung dan hasil kolaboratif bersama peneraju global dalam optik dan opto-elektronik, ZEISS.

Iklan
Iklan

Justeru, hasil foto yang dirakam adalah persis jurugambar berpengalaman.

Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu berkata, inovasi terbaharu itu melambangkan komitmen jenama China dalam memberikan pengalaman yang terbaik dalam fotografi.

Berikut antara ciri-ciri menarik Siri X60:

Iklan

I. Gabungan lensa optik terbaik, sensor, algoritma pemprosesan imej dan kepelbagaian ciri pelbagai mood membolehkan pengguna menikmati teknologi kamera yang sebelum ini terhad buat jurugambar profesional sahaja.

II. Mempunyai tiga kamera belakang (48MP + 13MP + 13MP) dan kamera hadapan 32MP. Logo ZEISS dipamerkan pada lensa, manakala cap dagangan ZEISS Vario-Tessar diukir di bawah kamera.

III. Buat pertama kalinya, pengguna juga boleh mengakses ZEISS Biotar Portrait Style. Ciri baharu itu membolehkan pengguna menghasilkan potret profesional yang boleh disesuaikan dengan kemampuan untuk memberikan kejelasan berfokus dan kesan bokeh.

IV. Siri X60 menggunakan teknologi penstabilan video VIS 5-axis terbaharu yang membolehkan pengguna merakamkan dengan jelas objek dalam gerakan dinamik dengan ketepatan yang lebih tinggi.

V. Extreme Night Vision 2.0 membantu pengguna mencipta semula gambaran malam dengan hanya satu sentuhan melalui algoritma kecerdasan buatan.

VI. Dilengkapi dengan mod fotografi dan videografi yang merupakan ciri utama teknologi vivo seperti ciri Cinematic Master, HDR Super Night Portrait, Ultra-Wide Night Mode, Super Pano, Pro Sports Mode, Kids Snapshot, Multi-Style Portrait, Long-Exposure Mode dan lain-lain lagi.

VII. Prestasi peranti Siri vivo X60 dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 870 dan pemproses cekap tenaga itu mempunyai jalur asas 5G bersepadu yang dapat meningkatkan kelajuan rangkaian tanpa wayar 5G.

VIII. Dikuasakan dengan bateri 4200mAh dan teknologi FlashCharge 33W. Justeru, pengecasan semula kuasa penuh dapat dilakukan dengan mudah di samping pengecasan yang pantas.