Boleh cerahkan badan, celah paha dan leher, Minyak Zaitun Rose Hip ini tular di Tiktok

Iklan
1

SIAPA tidak mahu kulit yang sihat apatah lagi jika hanya menggunakan bahan yang semula jadi.

Tahukah anda minyak zaitun berupaya mencerahkan kulit. Setelah tular video di Tiktok tentang minyak zaitun tersebut, wanita ini turut membelinya dan ingin mencuba keberkesanannya.

Iklan
Iklan

Wanita dikenali sebagai Aisyah ini mengakui kesan daripada video tular itu minyak zaitun tersebut makin laris.

"Minyak zaitun ni memang viral di Tiktok hari tu sebab ramai bagi feedback yang ia boleh cerahkan badan. Paling famous cerahkan celah paha dengan leher.

Iklan

"Ini salah satu produk yang viral sampaikan semua tempat tak ada stok. Bayangkan bukan setakat di Watson dengan Guardian sahaja licin, online pun licin. Memang dahsyat betul penangan minyak zaitun ini.

Iklan

Aisyah juga turut berkongsi kelebihan gabungan minyak zaitun dan rose hip ini.

"Minyak zaitun rose hip ni bukan setakat boleh cerahkan kulit, tapi dia ada khasiat lain jugak macam melembapkan kulit, menjadikan kulit lebih halus, mengurangkan kekusaman dan melembutkan,” kongsi Aisyah.

[caption id="attachment_44156" width="1024"] Rose hip.[/caption]

Artikel berkaitan: Mahu Kulit Flawless Umpama Selebriti Korea, Cuba Guna NUDESKIN Hasil Kerjasama Dengan Pakar Dermatologi

Cara pemakaian

Aisyah turut berkongsi cara pemakaian minyak ini. Caranya amat mudah. Bagi mencerahkan kawasan gelap seperti leher atau celah paha, korang hanya tuang sahaja minyak zaitun ini pada kapas muka dan kemudian gosokkan pada kawasan gelap tersebut.

"Kalau nak lembutkan kulit badan pula, lepas mandi tu korang sapukan minyak zaitun ini pada kulit,” kata Aisyah.

Menurut Aisyah lagi, minyak zaitun dan rose hip ni bertekstur ringan. Jadi apabila disapu pada badan, anda tidak akan rasa berminyak kerana ia cepat diserap kulit. Malah baunya sangat wangi.

Sumber: Aisyah Aisyah Badar Bajrai