SELEBRITI dan usahawan terkenal, Neelofa bersama suami serta 20 ahli keluarga lain dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 kerana melangggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri.
Kompaun berkenaan dikenakan ke atas keluarga Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Menurut Mohamad Zainal, kesalahan kedua melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan yang sama.
Katanya juga, kesemua ahli keluarga selebriti itu dikenakan tindakan tersebut kerana sebagai penganjur mereka gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung seperti mana arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP Penganjuran Majlis Sosial PKPB.
Selang beberapa hari selepas itu, pasangan berkenaan dilaporkan berkunjung ke pulau peranginan Langkawi yang dimaklumkan mereka atas urusan perniagaan.
Baca juga Isu langgar SOP, Neelofa mohon maaf
Baca juga Kalau ada tindakan atau tiada tindakan, saya akan selesaikan sendiri – Neelofa
Bagaimana pun, tular di media sosial foto-foto pasangan berkenaan sedang bersiar-siar di kawasan pelancongan popular itu.
Sehubungan itu, PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi pelaksanaan PKPB.
Maka dengan ini sama-samalah kita mendoakan kes jangkitan Covid-19 ini akan berkurangan serta sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi memutuskan rantaiannya.