BINTANG rap Caprice mengutarakan hasratnya untuk membuka tabung bagi mengumpul dana membantu peniaga burger yang tular dikompaun sebanyak RM50 ribu.
Dalam perbualan telefon, Caprice berbincang dan ingin mendapatkan persetujuan peniaga berkenaan yang dikenali sebagai Faisal bagi membuat tabung membantu pembayaran kompaun berkenaan dalam masa terdekat.
Kebanyakan warganet memuji tindakan Caprice yang ingin membantu peniaga berkenaan.
Burger sedap
Terima kasih sebab bantu
Terkejut kena kompaun
Bantu selagi boleh
Sebelum ini, tular di media seorang penjual burger mendakwa dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 oleh pihak polis kerana kesalahannya berniaga melebihi waktu ditetapkan.
Wan Mohd Faisal Wan Kadir dari Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu yang menjalankan perniagaan itu di hadapan rumahnya sebelum didatangi beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan sekitar jam 11.10 malam.
Ekoran itu, polis telah mengeluarkan kompaun RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sumber: capriceofficial