PEMAKAIAN kanta lekap sememangnya sudah menjadi satu keperluan kepada masyarakat pada hari ini. Kebanyakan si pemakai menggunakannya untuk membantu penglihatan mereka sebagai alternatif kepada penggunaan cermin mata.
Namun, setiap kali berpuasa, kadangkala golongan tersebut terpaksa melupakan seketika pemakaian alat untuk membantu penglihatan tersebut.
Apa tidaknya, segelintir mereka menganggap tidak boleh memakainya ketika berpuasa kerana ia boleh membatalkan puasa. Benarkah begitu hukumnya?
Menjelaskan kekeliruan tersebut, pendakwah Nurul Syafiqah Mohamed Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Da’i Syafiqah menjelaskan, dalam hal itu, para ulama mengqiaskan hukum memakai kanta lekap dengan hukum bercelak kerana ia berkaitan dengan mata.
[caption id="attachment_19478" width="1024"] DA'I SYAFIQAH[/caption]
"Antara perkara yang membatalkan puasa seseorang adalah dengan memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti mulut, telinga, qubul dan dubur.
"Jadi, mata tidak termasuk dalam kategori rongga terbuka tadi,” katanya.
Ia sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bahawa dia yakni Anas bercelak padahal ketika itu dia sedang berpuasa.” (Riwayat Abu Daud)
[caption id="attachment_44573" width="1024"] MENGGUNAKAN kanta lekap tidak membatalkan puasa seseorang kerana ia bukan.[/caption]
Foto: Freepik