Bayar RM69, nikmati lebih 60 sajian iftar tradisi Melayu

Iklan
Bufet Ramadan Espira Sri Petaling

UNTUK mereka yang berhasrat untuk berbuka puasa di hotel dengan bajet bawah RM100, Espira Sri Petaling, Kuala Lumpur boleh dimasukkan dalam senarai sebagai destinasi iftar bersama keluarga tersayang ataupun rakan sepejabat.

Hanya RM69 untuk dewasa dan RM35 (kanak-kanak), terdapat lebih 60 pilihan masakan terbaik sepanjang zaman yang disajikan buat pengunjung.

Iklan
Iklan

Antara menu yang wajib dicuba adalah seperti daging Palembang, sup gear box, pucuk ubi masak lemak udang, kambing gulai kawah, ayam percik berempah, ikan patin tempoyak pahang, mi rebus dan banyak lagi.

Iklan

Iklan

Rugi juga kalau tidak mencuba menikmati ikan bakar, kambing panggang, mi goreng dan apam balik yang dimasak di depan mata.

Akhiri sajian iftar dengan aiskrim goyang, ais batu campur dan cendol disajikan di samping pelbagai jenis kuih-muih tradisi Melayu.

Bufet Ramadan Espira Sri Petaling

  • Alamat: 30, Jalan Radin Anum Bandar Baru Sri Petaling, Sri Petaling, Kuala Lumpur
  • Waktu: 6.30 petang hingga 10 malam
  • Tarikh: 15 April hingga 11 Mei 2021
  • Menu signatur: Daging palembang, sup gear box, pucuk ubi masak lemak udang
  • Harga: RM69 (dewasa) dan RM35 (kanak-kanak)
  • Tawaran istimewa dua baucar RM100 sahaja