Melihat rakan di England sihat, pemuda tidak lepas peluang rebut slot vaksin AstraZeneca

Iklan
vaksin AstraZeneca vaksin AstraZeneca
vaksin AstraZeneca

SEPERTI yang kita sedia maklum, semalam merupakan peluang buat warga Selangor dan Kuala Lumpur melakukan pendaftaran secara sukarela bagi mendapatkan vaksin AstraZeneca.

Sebaik sahaja laman pendaftaran vaksin tersebut dibuka pada pukul 12 tengah hari, sebahagian besar individu berusia 18 tahun ke atas nampaknya tidak membuang masa menempah slot suntikan mengikut tarikh janji temu dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang disediakan.

Iklan
Iklan

Ia berikutan, permohonan menerusi www.vaksincovid.gov.my itu hanya dibuka kepada 268,000 orang berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

Artikel berkaitanMengapa Vaksin Pfizer Diguna Di Bandar Manakala AstraZeneca Untuk Luar Bandar, Ini Jawapan KJ

Iklan

Perkara tersebut diakui oleh pekerja swasta, Syafique Shuib yang turut berdepan kesukaran untuk melakukan proses pendaftaran ekoran kesesakan trafik pada laman web terbabit.

"Pada mulanya susah untuk mendaftar, tetapi saya tidak berputus asa kerana enggan melepaskan peluang keemasan ini (mendapatkan vaksin AstraZeneca).

Iklan

"Lagipun beberapa rakan meminta saya bersabar dan 'refresh' berulang kali. Alhamdullilah, akhirnya berjaya jua menempah slot pada pukul 12.30 tengahari," katanya kepada SinarPlus yang memilih tarikh slot pada 30 Mei depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Bicara anak kelahiran Kuala Lumpur itu, keputusannya untuk mendapatkan suntikan vaksin itu dilakukan secara sukarela dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak.

Kesedaran Syafique, 34, semakin memuncak selepas melihat jumlah kes positif Covid-19 meningkat dari semasa ke semasa sejak kebelakangan ini.

[caption id="attachment_45001" width="1024"] PENINGKATAN jumlah kes positif Covid-19 semakin meningkat telah mendorong Syafique (gambar kecil) mengambil inisiatif memilih mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca pada 30 Mei depan di PWTC. [/caption]

"Tambahan pula, jika diikutkan giliran saya dalam program vaksin kebangsaan (fasa 3) berkemungkinan paling lewat awal tahun depan, sedangkan kes di Malaysia kian meningkat.

"Jadi langkah terbaik saya mengambil keputusan untuk menempah slot vaksin AstraZeneca kerana ingin mendapatkan suntikan secepat mungkin," ujarnya lanjut.

Tambah beliau, biarpun sebelum ini pernah membaca berita perihal kesan sampingan yang dialami sejumlah individu di luar negara, tetapi keadaan itu sedikitpun tidak melemahkan semangatnya.

"Ya, diakui pada awalnya memang takut, namun beberapa rakan saya yang bertugas sebagai doktor memberi nasihat bahawa risiko amat rendah.

"Ini termasuklah, melihat perkembangan positif rakan-rakan saya di England yang sudah menerima suntikan vaksin AstraZeneca. Setakat ini okey sahaja, bahkan mereka berasa yakin, apatah lagi berjuta dos vaksin itu telah diberikan," luahnya yang turut dimaklumkan oleh rakan di luar negara bahawa kes darah beku akibat vaksin AstraZeneca sangat terpencil.

Artikel berkaitanTiga Vaksin Covid-19 Termasuk Sinovac Dari China Kini Lulus Pendaftaran Secara Bersyarat

Dalam pada itu, Syafique juga menyarankan masyarakat agar rajin membaca, mengkaji merujuk kepada pakar perubatan berkaitan vaksin Covid-19.

Tuturnya, jangan sesekali mempercayai mitos atau mesej yang tular dalam aplikasi WhatsApp kerana tidak dapat dipastikan kesahihannya.

[caption id="attachment_45002" width="1024"] Individu yang telah mendaftar secara sukarela dijadualkan menerima suntikan vaksin AstraZeneca antara 5 Mei hingga 6 Jun depan. Pengesahan janji temu dibuat melalui aplikasi MySejahtera masing-masing.[/caption]

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pemilihan Calon Vaksin COVID-19 Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Kalaiarasu M.Periasamy menjelaskan, jumlah kes darah beku atau thrombosis selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca adalah rendah dan jarang berlaku.

Menurut beliau, berdasarkan data daripada Agensi Perundangan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) dan Agensi Perubatan Eropah (EMA), terdapat 168 kes thrombosis dikesan di seluruh dunia sejak Mac lepas.

Sepanjang dalam tempoh itu juga kira-kira 21.6 juta individu di seluruh dunia telah menerima suntikan vaksin AstraZeneca.

"Ini adalah bilangan yang amat kecil jika dibandingkan dengan bilangan dos vaksin, malah tiada bukti walaupun disuarakan EMA,” katanya seperti dilaporkan Bernama pada April lalu.

Foto: Reuters dan BBC