“Doakan kami selamat". Pengakuan rakyat Malaysia di India

Iklan
khatijah jalil

Oleh MEEN TAHRIN

KATIJAH Jalil merupakan antara rakyat Malaysia yang sudah menetap selama 11 tahun di India. Katijah yang lebih mesra dengan panggilan Miss Kat memberitahu, beliau mengikut suaminya yang bekerja di negara tersebut.

Iklan
Iklan

Selama ini, India merupakan negara yang penuh warna-warni untuk didiami. Ulang-alik antara Malaysia dan India, membuatkan beliau berasa dekat dengan tanah air. Disebabkan itulah, Miss Kat mampu bertahun sehingga ke hari ini.

Namun, tahun 2020 dan 2021 merupakan tahun yang begitu mencabar kerana serangan wabak Covid-19. Setiap hari kes semakin meningkat dan baru-baru ini kes menjadi semakin menakutkan apabila sistem kesihatan di India dikatakan seperti tidak mampu lagi untuk menghadapi ancaman wabak tersebut.

Iklan

[caption id="attachment_45101" width="930"] SABAN hari kes semakin meningkat dan menjadi semakin menakutkan apabila sistem kesihatan di India dikatakan tidak mampu untuk menghadapi ancaman wabak tersebut.[/caption]

Ada yang mati di luar hospital. Sesuatu yang sangat menyedihkan.

Iklan

Apatah lagi, menurut laporan media, negara itu kini ibarat dilanda tsunami Covid-19. Pernah dilaporkan sebanyak 2,624 kes kematian dalam tempoh 24 jam dan lebih 340,000 jangkitan baharu turut dilaporkan dalam tempoh yang sama. Ini sesuatu yang cukup mengerikan.

Oleh kerana keadaan yang semakin teruk di India, penulis bertanya khabar dengan Miss Kat yang merupakan kenalan lama. Alhamdulilah, Miss Kat sihat.

Kami cuba untuk berbual menerusi video call namun atas faktor kesihatan, penulis hanya dapat bertemu bual menerusi aplikasi WhatsApp. Sudah tentu penulis ingin tahu keadaannya di negara tersebut.

"Walaupun kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengekang wabak ini namun wabak terbaru ini terlalu kuat dan merebak dengan begitu cepat. Cukup menakutkan,” akuinya.

Dalam perbualan ringkas tersebut, Miss Kat berterus-terang memberitahu bahawa beliau sangat sibuk buat masa ini kerana perlu memberi perhatian terhadap suaminya yang baru sahaja pulih daripada Covid-19.

"Doktor yang merawat suami saya memberitahu, bagi mereka yang terkena penyakit Covid-19 ini, akan mengambil proses yang agak lama untuk pulih. Kekuatan mental dan semangat untuk melawan penyakit sangat penting.

"Kebanyakan mereka yang terkena pada tahap seperti suami saya, tidak mampu untuk bertahan. Jadi, sokongan moral keluarga amat perlu,” ujarnya.

[caption id="attachment_45100" width="1024"] KHATIJAH (gambar kecil) berkongsi situasi Covid-19 di India turut menyebabkan sesetengah pesakit mati di luar hospital. Ia sesuatu yang menyedihkan.  [/caption]

Miss Kat juga berkongsi cerita bahawa, suami kepada rakannya yang juga seorang rakyat Malaysia, telah terkena penyakit Covid-19 ini dan telah mengakibatkan buah pinggangnya rosak sehingga perlu melalui rawatan dialisis.

"Banyak duit yang telah dihabiskan untuk rawatan kesihatan. Itu belum lagi perkara-perkara lain seperti tekanan, perasaan risau sepanjang masa dan macam-macam lagi.

"Sentiasa pakai pelitup muka, jaga penjarakan sosial dan patuhi SOP. Ikuti langkah-langkah keselamatan yang kerajaan telah buat. Jangan pentingkan diri sendiri. Kita tidak tahu mungkin kita juga adalah pembawa. Tak guna menyesal di kemudian hari jika sudah terkena pada keluarga sendiri,” nasihat Miss Kat.

Akhir kata, Miss Kat memohon agar seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan keselamatan dirinya dan semua rakyat-rakyat Malaysia yang berada di India amnya agar jauh daripada wabak pembunuh ini.

Sumber: Khatijah, Aljazeera.com dan The Guardian