Superhero Kota Bharu beli barang basah

Iklan
superhero

UNIK. Inilah kreativiti yang ditonjolkan oleh Mohd Fakri Rabys tatkala mencari pendapatan sampingan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pemuda berusia 35 tahun dan pasukannya mencipta kelainan apabila menyarungkan kostum adiwira (superhero) ketika menjalankan khidmat runner barangan asas di sekitar Kota Bharu, Kelantan.

Iklan
Iklan

Inisiatif tersebut dipraktikkan bagi menghiburkan para pelanggan yang menempah keperluan asas seperti telur, sayur, beras, ikan dan sebagainya.

[caption id="attachment_6723" width="1024"] TEAM superhero Mohd Fakri membantu memudahkan urusan membeli barangan asas, sekali gus menceriakan hati kanak-kanak di sekitar Kota Bharu, Kelantan.[/caption]

Iklan

Menerusi laman sosial Facebook, Mohd Fakri menjelaskan matlamat beliau dan team adalah untuk memudahkan ketua keluarga, sekali gus menggembirakan hati anak-anak yang kekal berada di rumah.

"Walaupun superhero, kami tetap memakai mask (topeng) muka dan menjarakkan diri satu meter.

Iklan

"Superhero pun takut juga dengan virus Covid-19," tulis beliau berseloroh diikuti emoji senyum.

Difahamkan, beliau yang sudah mendirikan rumah tangga itu memiliki lebih 25 kostum adiwira yang dibeli dari pelbagai negara.

"Kostum superhero kami sentiasa bertukar setiap hari. Misalnya, Batman pada hari Isnin manakala Darth Vader pula untuk hari Ahad termasuk Bumblebee, Gaban, Spiderman dan Transformers," coret beliau lanjut.

Sementara itu, pada status yang sama Mohd Fakhri turut menyatakan buat warga Kota Bharu yang berminat menggunakan khidmat runner barangan basah dan runcit bolehlah menghubunginya melalui Facebook.

Foto: Facebook Fakri Raby's dan Canva