Nabil Mahir dedah Ayda Jebat hampir gugur. Alami pendarahan, disuntik lima kali

Iklan
2

GEMBIRA melihat pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi. Berita manis tersebut diumumkan pada minggu lalu tatkala kandungan Ayda mencecah usia empat bulan.

Penyanyi dan pelakon genit itu dijangka bersalin pada Oktober depan.

Iklan
Iklan

Namun begitu, tiada siapa menyangka disebalik fasa awal kehamilan rupanya pelantun lagu Parah pernah mengalami pendarahan dan hampir keguguran apabila emosinya dijentik dan jadual kerja yang padat.

Iklan

Bicara Nabil berusia 32 tahun, sepanjang tempoh rawatan sebagai suami pastinya beliau tidak sampai hati menyaksikan Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat menerima lima suntikan dan menangis.

Iklan

Direkodkan, Ayda dan Nabil Mahir diijabkabul pada 1 Januari 2021 di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.