Nasib 28 anak keluarga besar terbela, LZS beri kaunseling, kursus vokasional

Iklan
4

SEMALAM sebuah keluarga besar yang terdiri daripada 28 anak dan empat isteri tular dalam media sosial. Mereka dikatakan hidup dalam kesusahan di dua buah sewa, sementelah anak-anak tidak mendapat pendidikan sewajarnya.

Dalam laporan SinarPlus semalam, keluarga tersebut disantuni sukarelawan prihatin bernama Nurul Ima Rahman. Perkongsiannya membuka mata banyak pihak, sekali gus mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO) dan individu tampil menghulurkan bantuan.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Saipolyazan M Yusof, keluarga itu merupakan asnaf miskin berdaftar dan sudahpun menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) sejak tahun 2010.

Iklan

Antara bantuan yang diberikan dari segi kewangan, sewa rumah, bantuan kecemasan dan bantuan modal pada tahun 2013.

Iklan

Ujar Saipolyazan, LSZ akan mengadakan sesi kaunseling untuk ketua keluarga dan ibu-ibu terbabit. Selain itu, pihaknya akan melihat potensi anak-anak keluarga berkenaan sebelum diberikan kursus vokasional bagi mengubah hidup mereka sekeluarga.

"Ini antara kerangka tindakan dalam pembangunan asnaf di Selangor yang mana 47,000 daripada 65,000 orang termasuk mualaf yang kita kategorikan di bawah Asnaf Produktif.

"Kita turut mengadakan sesi induksi yang memberikan motivasi kepada mereka termasuk menandatangani surat aku janji untuk berubah menjadi lebih baik,” katanya kepada pihak media.

Semoga dengan keprihatinan dan usaha daripada pelbagai pihak, keluarga besar itu dapat meningkatkan taraf hidup mereka.