HATI mana yang tidak sedih apabila insan tercinta terutamanya ibu bapa pergi buat selama-lamanya.
Meskipun begitu, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita sebagai makhluk harus tabah dan menerima segalanya dengan hati terbuka.
Itulah perasaan yang dilalui oleh seorang kanak-kanak apabila ibu bapanya telah pergi menghadap Ilahi akibat dijangkiti virus Covid-19.
Menerusi perkongsian penceramah bebas dan usahawan terkenal, Ustaz Ebit Lew tersebut
difahamkan budak lelaki itu mula menjadi gelandangan sejak Januari lalu.
Menurut Ustaz Ebit, kanak-kanak itu hanya mampu menangis apabila ditanya perihal keluarga.
Kata Ustaz Ebit lagi, walaupun hidupnya seperti itu, kanak-kanak berkenaan tetap menjalani ibadah puasa.
Baca juga Nasib 28 anak keluarga besar terbela, LZS beri kaunseling, kursus vokasional
Perkongsian Ustaz Ebit dihujani ribuan doa warganet yang bersyukur dan berterima kasih atas segala bantuan yang telah beliau berikan.
Semoga urusan Ustaz Ebit turut dipermudahkan Allah SWT.