KERJAYA sebagai suri rumah tangga nampak seperti mudah namun tahukah anda daripada terbit matahari sehingga terbenamnya matahari para ibu masih bekerja?
Jadi pastinya para ibu di luar sana inginkan sesuatu yang memudahkan mereka dalam melakukan kerja rumah.
Walau bagaimanapun kita masih belum ada mesin untuk sidai dan melipat baju. Jadi Sinar Plus nak kongsikan cara sidai dan lipat baju yang menjimatkan masa! Mari lihat bagaimana.
Cara sidai baju jimat masa:
1. Pertama sekali sebelum membasuh baju, para ibu perlulah memiliki washing bag.
2. Asingkan pakaian yang bersaiz besar seperti baju, seluar dan kain.
3. Asingkan juga pakaian yang kecil-kecil seperti baju bayi, baju dalam, seluar dalam, stokin dan sapu tangan. Masukkan ini ke dalam washing bag tadi.
4. Apabila selesai mengasingkan ke semuanya ini barulah kita mula membasuh. Masukkan ke dalam mesin basuh.
5. Apabila selesai membasuh, mudah untuk para ibu sidai pakaian itu kerana ia tidak tersangkut atau terikat dengan sesama mereka.
6. Buka washing bag, letakkan semua pakaian kecil pada lengan dengan cara susun satu persatu agar mudah untuk kita sidai.
7. Tip tambahan, gunakan penyangkut pakaian ketika sidai baju agar apabila kering para ibu boleh terus masukkan ke dalam almari. Lebih menjimatkan masa kerana tidak perlu melipat.
Cara lipat baju jimat masa:
1. Apabila baju sudah kering. Angkat dan asingkan baju ke dalam bakul mengikut saiz atau mengikut ia kepunyaan siapa (anak-anak atau suami)
2. Kemudian lipat pakaian yang bersaiz besar dahulu agar pakaian itu kelihatan tidak terlonggok banyak
3. Barulah sambung dengan lipat pakaian yang bersaiz kecil
4. Tip tambahan untuk lebih menjimatkan masa, jika para ibu ada anak yang sudah besar atau bersekolah bolehlah minta tolong mereka lipat pakaian mereka sendiri (seperti dalam bakul yang sudah diasingkan tadi) ini juga mampu menjimatkan masa para ibu.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua para ibu di luar sana. Para suami pun, kalau baca jangan lupa tolong isteri dengan cara ni.
Penulis: Suhaila Ali
Sumber: MingguanWanita/Unsplash