Hampir cecah umur 50 tahun, Krisdayanti tolak jadi 'mak cik' dengan suntikan DNA ikan salmon

Iklan
Untitled design (4)

SELEBRITI popular dari negara seberang, Krisdayanti antara figura yang sentiasa mementingkan penampilan.

Ke mana sahaja acara hiburan yang dihadirinya, beliau wajib tampil jelita, di samping busana yang disarungnya memang 'vazz' belaka.

Iklan
Iklan

Teman baik pada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu juga dijadikan idola kepada peminat bukan sahaja kejayaannya dalam industri hiburan, bahkan kejelitaannya turut dicemburui ramai.

Iklan

Boleh dikatakan setiap apa yang beliau lakukan, pasti akan mencuri perhatian ramai termasuklah ketika dia menerima suntikan DNA ikan salmon sebagai satu usaha mengembalikan keremajaannya!

Iklan

Meskipun perkara tersebut bukan baharu kerana difahamkan pada sekitar tahun 2019, ibu kepada empat cahaya mata itu pernah mengakui menjalani proses rawatan yang sama.

Berita berkenaan bagaimanapun kembali hangat diperkatakan kerana dalam keadaan masyarakat di seluruh dunia menerima vaksin Covid-19, Krisdayanti atau mesra disapa sebagai KD melakukan perkara sebaliknya.

Ada juga suara nakal peminat yang mempersoalkan mengapa hal berkenaan kembali diperkatakan, sedangkan KD sebelum ini pernah mengakui melakukannya.

SinarPlus tak mahu komen berlebihan, jom kita perhalusi apa itu DNA ikan salmon?

Menurut Doktor Kulit Indonesia, Susie Rendra, suntikan DNA ikan salmon antara lain dapat mencerahkan kulit wajah dan membaiki struktur sel.

"Teknologi menggunakan DNA ikan salmon merupakan salah satu kaedah baharu mengekalkan awet muda, selain dapat memulih semula jaringan kulit untuk kekal cerah dan mengawal kelembapan", katanya.

Dikhabarkan harganya dapat mencecah sehingga Rp1 bilion (RM2,900) untuk sekali suntikan.

Ibu kepada empat cahaya mata ini turut dihujani pujian apabila memuat naik gambarnya melalui laman Instagram sehingga ada mengatakan beliau kelihatan seperti seorang remaja berusia 16 tahun.

Berikut antara komen positif peminat terhadap penyanyi berusia 46 tahun itu berdasarkan pemerhatian SinarPlus: