Timang anak kedua, Tajul kongsi momen di bilik bersalin

Iklan
Untitled design (63)

PENYANYI Tajul Ariff berkongsi khabar gembira setelah isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada petang Khamis.

Menurut Tajul atau nama penuhnya, Tajuk Ariff Noor Md. Shari, 23, bayi lelaki seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara norma di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.

Iklan
Iklan

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Sedalam-Dalam Rindu itu sempat berkongsi momen di dalam bilik bersalin.

"Alhamdulillah, berkat doa anda smua. Tak smpai satu jam bertarung nyawa dalam bilik bersalin, isteri Tajul dah selamat bersalin dengan normal.

Iklan

"Walaupun kepala aku terkehel tadi, sebab isteri tarik time contraction dia tengah kuat. Nasib baik selamat,” katanya yang turut menunjukkan gambar tepi tengkuknya yang calar.

Tambah adik kepada Allahyarham Achik Spin itu, dia akan berkongsi nama anaknya itu sedikit masa lagi.

Iklan

[caption id="attachment_45410" width="1024"] Keluarga kecil Tajul.[/caption]

Tajul dan Shamieza mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu dan turut dikurniakan seorang anak perempuan, Adriana Carisa, setahun.