#SiBibirMerah: Karnival raya Starvendors, bazar Ramadan di Selangor tidak boleh beroperasi. Peniaga akur

Iklan
bazar

BIBIR MERAH amat bersimpati pada nasib para peniaga di negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang terjejas dek pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan baru-baru ini. Masakan tidak disangkakan berpeluang meraih pendapatan jualan sehingga detik akhir hari raya, rupa-rupanya 'tersangkut' di tengah jalan.

Bazar raya Starvendors Mega Raya Fest 2021 misalnya. Bayangkan, acara yang sepatutnya dijadualkan berlangsung bermula pada hari ini hingga Ahad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur terpaksa ditunda Julai depan.

Iklan
Iklan

Keputusan tersebut dilakukan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur (7 hingga 20 Mei 2021) yang diumumkan pada saat akhir selepas 90 peratus persiapan sudah dilakukan.

Menurut Ketua Eksekutif Starvendors Event Sdn Bhd, Ifa Raziah susulan perbincangan mencari solusi bersama pengurusan PWTC dan pihak berkuasa, keputusan tidak memihak kepada acara Starvendors.

Iklan

Biarpun terkesan dengan situasi semasa, Ifa Raziah akur dan berlapang dada.

Iklan

[caption id="attachment_45506" width="1024"] IFA (kanan) berlapang dada apabila Starvendors Mega Raya Fest 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 7 Mei 2021 terpaksa ditunda pada bulan Julai depan kerana PKP di Kuala Lumpur.[/caption]

"Kita semua menanggung kerugian dalam situasi ini. Pihak kami juga telah mengeluarkan kos yang tinggi untuk promosi dan pengiklanan penganjuran acara berbaki sehari saja lagi sebelum ia berlangsung.

"Hanya pada ALLAH kita berserah. Insya-ALLAH kita akan berjumpa pada event akan datang (antara 2 hingga 4 Julai 2021).

Pun begitu, memikirkan kebimbangan para vendor, pengurusan Starvendors bersedia menampung kerugian.

[caption id="attachment_45521" width="429"] VENDOR diberi pilihan sama membawa bayaran yang telah dibuat ke acara bulan Julai atau memilih pemulangan bayaran.[/caption]

"Kami cuba meringankan kerugian golongan peniaga dan tidak mahu mereka menanggung kerugian lebih besar jika acara diteruskan.

Sebelum menutup bicara, Ifa Raziah sempat menitipkan bicara:"ALLAH datangkan ujian supaya kita kuat, ALLAH tangguhkan sesuatu supaya kita sabar, ALLAH hilangkan sesuatu supaya kita reda, ada hikmahnya. Doa yang baik-baik, Insya-ALLAH datang yang baik-baik."

Nampaknya bukan Ifa Raziah sahaja berdepan dengan keadaan getir sedemikian. Bahkan, Bibir Merah lihat peniaga bazar Ramadan di negeri Selangor pun turut berduka.

Sejak kerajaan mengumumkan enam daerah di negeri Selangor diletakkan di bawah PKP sebelum disusuli Kuala Lumpur, fikiran sebahagian besar peniaga mula berselirat.

Ujar Amirudin menambah, tempoh pengoperasian dibenarkan hingga hari ini bagi memberi peluang kepada pengurus dan pemilik gerai bazar Ramadan menyelenggara dan menguruskan stok-stok.

[caption id="attachment_45526" width="600"] AMIRUDIN menyatakan, Kerajaan Selangor memutuskan operasi bazar Ramadan tidak dibenarkan mulai 8 Mei 2021 di kawasan terlibat PKP, namun bazar raya adalah dibenarkan. [/caption]

Bagaimanapun, yang menjadi perdebatan dalam kalangan warga maya apabila Kerajaan Selangor tidak membenarkan bazar Ramadan beroperasi di kawasan PKP. Walhal, bazar raya di kawasan sama mendapat 'lampu hijau' beroperasi hingga pukul 10 malam.

Persoalan Bibir Merah, apa beza antara bazar Ramadan dan bazar raya? Bukankah konsepnya sama yang mana melibatkan kunjungan orang ramai dalam urusan jual beli?

[caption id="attachment_6820" width="1024"] Gambar hiasan.[/caption]

Pun begitu, Kerajaan Selangor juga bersetuju menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap penjaja bazar Ramadan bagi meringankan beban mereka.

Bibir Merah berharap agar para peniaga yang terjejas tidak patah semangat dan berputus. Insya-ALLAH ada rezeki lain bakal diperoleh. Kita doakan pandemik di negara ini segera berakhir.