Aman Nassim kembali atur langkah, sedia tembusi pasaran Indonesia

Iklan
Untitled design (67)

KELIBAT Aman Nassim dalam industri hiburan barangkali tidak asing buat sesetengah peminat drama dan filem tempatan.

Memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 2012, Aman, 32, atau nama sebenarnya Abdul Rahman Nassim kini mengembangkan bakat yang ada dalam bidang nyanyian pula.

Iklan
Iklan

Pernah melancarkan single Lafaz Setia pada 2014, seterusnya lagu Cinta Pura-Pura (2016) dan lagu Tunjukkan Ku Bintang (2017), Aman kini kembali mengatur langkah dalam bidang nyanyian dengan mempertaruhkan single terbaharunya, Cinta Terakhir.

Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh komposer terkenal Indonesia iaitu Bemby Noor dan dirinya sendiri yang mana lagu itu adalah terbitan dan edaran syarikat rakaman COF Music.

Iklan

Menariknya, lagu itu turut dipilih menjadi antara lagu tema drama Kisah Cinta Rumi yang ditayangkan di Slot Lestary, TV3, pada 24 April lalu.

Apa yang lebih membuatkan Aman teruja adalah dia dapat bekerjasama dengan komposer yang menghasilkan lagu Jodoh Pasti Bertemu nyanyian asal penyanyi terkenal Indonesia iaitu Afgan.

Iklan

"Lagu ini sudah siap dirakam pada penghujung 2019 dan perancangannya mahu dilancarkan di Indonesia tahun lalu. Tetapi disebabkan Covid-19 memang tidak boleh ke sana. Jadi, buat permulaan lagu ini akan menghiasi drama sebagai lagu tema.

"Dalam masa sama, pihak syarikat masih dalam perbincangan dengan syarikat rakaman Rans Entertainment milik selebriti Raffi Ahmad untuk mengedarkan lagu ini di sana.

"Selain itu, pembikinan video muzik (MV) lagu ini juga membabitkan produksi dua negara, Malaysia dan Indonesia. Semua pelakon terbabit adalah dari sana dengan gabungan dua produksi.

"MV ini sepatutnya dibuat sebelum Ramadan, tapi tak berjaya sebab pelakon utama iaitu Dimas Ahmad disahkan positif Covid-19, jadi tergendala. Insya-ALLAH, selepas dia sembuh baharulah penggambaran MV diteruskan semula,” katanya.

[caption id="attachment_45621" width="1024"] Nassim jalin kerjasama dengan komposer terkenal Indonesia, Bemby (kiri).[/caption]

Berkongsi mengenai pemilihan Bemby Noor, Aman berkata dia mahukan single kali ini ada ciri dan bunyi lagu Indonesia.

Malah, Aman merancang lagu Cinta Terakhir itu menjadi langkah awal untuknya memasuki pasaran muzik di sana.

"Kenapa Bemby sebab saya memang nak masuk pasaran muzik Indonesia. Jadi, sebab itu saya nak lagu ini ada sentuhan lagu Indonesia. Sebab peminat di sana lebih memilih lagu mereka.

"Lagu ini juga dirakamkan di sana dan menjadi kolaboratif pertama saya dengan Bemby. Macam dikatakan tadi, saya memang perlukan sentuhan komposer Indonesia, sebab asalnya nak pasarkan lagu ini di sana.

"Walaupun sekarang masih tidak dapat ke sana, tapi boleh pasarkan lagu ini di sana menerusi kerjasama syarikat rakaman. Pendek kata, lagu ini adalah langkah awal untuk saya masuk pasaran muzik sana,” katanya.