#SiBibirMerah: Azwan Ali trending di Twitter, jadi pilihan utama berbanding Neelofa

Iklan
Untitled design (70)

SEJAK malam tadi, nama pengacara dan selebriti terkenal, Azwan Ali atau juga dikenali dengan panggilan Diva AA menjadi trending di Twitter.

Semuanya gara-gara satu posting yang dimuat naik oleh seorang individu yang meminta netizen memilih hanya seorang daripada empat orang yang disenaraikannya.

Iklan
Iklan

Empat individu tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Menteri Kanan), Mohamed Azmin Ali; Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; pengacara dan usahawan Noor Neelofa Mohd Noor; dan Azwan.

[caption id="attachment_45628" width="1024"] Posting yang dimuat naik dan menyebabkan nama Azwan Ali atau Diva AA masih trending hingga hari ini.[/caption]

Iklan

Bibir Merah pada mulanya terkejut juga kenapa tiba-tiba posting tersebut menarik perhatian ramai.  Dan makin lama makin ramai yang mengundi serta share sehingga nama Azwan menjadi trending.

Paling mengejutkan Bibir Merah adalah apabila rata-rata warga Twitter memilih Diva AA dan merasakan figura itu lebih realistik walaupun pedas dalam berkata-kata.

Iklan

Selain itu, ramai juga yang merasakan video terbaharu Azwan mengenai pendapatnya berkenaan karpet agak lucu dan kena dengan isu terkini.

Berikut antara pendapat warga Twitter mengenai kenapa mereka memilih Diva AA :

Bibir Merah tak kisah warga Twitter nak pilih siapa tetapi pasti ada sebab kenapa ramai yang mengundi Azwan.

Mungkinkah kita semua dah muak dengan perkara-perkara yang berbangkit sejak akhir-akhir ini membabitkan isu pelanggaran SOP (prosuder operasi standard), rentas negeri membabitkan alasan yang tidak meunasabah membabitkan individu-individu terkenal.

Pada pandangan Bibir Merah, dalam kita semua masih bergelut melawan Covid-19 dengan arahan kawalan pergerakan yang semakin ketat, lebih elok individu terkenal ini tidak salah guna populariti mereka untuk buat ‘ikut suka’.

Dalam pada mereka dapat rentas negeri jumpa mak ayah, pergi membeli-belah, ada individu yang sudah berbulan-bulan tak dapat bertemu dengan ibu bapa mereka. Ada yang sukar untuk dapat kebenaran rentas negeri walau dengan alasan kecemasan.

Bibir Merah tak mengundi sesiapa pun. Konsep berkecuali. Bibir Merah cuma harap kita semua ikuti SOP yang telah ditetapkan.  Kita tak mahu berhari raya di hospital kan?