Ceriakan mak ayah, insan tersayang dengan kirimkan pemanis mulut eksklusif daripada Elevete Patisserie

Iklan
feature-patiserie

KEPADA anda yang mahu menghantar juadah khas untuk santapan berbuka khas untuk insan tersayang seperti ibu bapa, adik beradik, sanak-saudara ataupun rakan baik yang jauh nun di sana, SinarPlus ada idea menarik untuk anda.

Apa kata pembaca sekalian mencuba jenama patisserie tempatan yang terkenal, Elevete Patisserie.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, mereka telah melancarkan Istimewa Raya yang boleh ditempah secara dalam talian bermula sekarang hingga 27 Mei depan.

Iklan

Terdapat beberapa pilihan menu yang boleh dipilih dan salah satu hidangan terlaris adalah Kek Locale yang telah direka semula sebagai Kek Pandan Delight.

Kek tersebut dihiasi dengan kelapa coklat dan ondeh-ondeh buatan tangan, sempurna dijadikan hidangan tumpuan di meja manisan.

Iklan

Okey, kalau mahu hadiahkan kepada seseorang atau dalam kumpulan ramai, jom tempah Kotak Mesra Delights yang terkandung aneka kuih raya seperti tart nanas, Biskut Mentega Berbentuk Ketupat, Bonbons Coklat Raspberry dan Pod Nutella.

Aneka Aidilfitri Platter juga menarik. Menerusi pakej tersebut terdapat pelbagai juadah manisan tempatan tradisional seperti Kek Pandan Gula Melaka, Pod Nutella, Batik Indulgence, Kek Gulung Ondeh Ondeh dan Kurma Premium, sesuai untuk sambutan Aidilfitri.

Elevete Patisserie juga menyediakan satu lagi seleksi iaitu Meriah Treasure, umpama peti harta karun yang mengandungi enam potongan kek daripada setiap rasa.

Antaranya, Kek Butterscotch dan Kek Keju Tokeru.

Juadah terakhir yang lazat di dalam Istimewa Raya Elevete Patisserie ialah Ondeh Ondeh Roulade, kek span pandan lembut yang digulung di antara krim mentega kelapa yang dicampur dengan kristal gula Melaka, dihiasi dengan kepingan kelapa Hawaii dan daun pandan mini.

Istimewa Raya Elevete Patisserie kini boleh ditempah melalui laman web rasmi Elevete Patisserie.

Anda digalakkan membuat tempahan awal menerusi https://www.elevete.com.my/collections/raya-special atau emel hello@elevete.com.my.

Tidak salah berbelanja lebih demi menggembirakan orang yang kita cintai.