Kreatif, makmal makanan di Singapura berjaya masak sate, rendang versi sayur-sayuran

Iklan

HIDUP pada zaman moden ini, semuanya nak cepat lebih-lebih lagi dalam menyediakan makanan.

Justeru, tidak hairanlah lambakan makanan segera dan bertin memang banyak di pasar raya, kedai runcit dan pusat beli-belah.

Iklan
Iklan

Ramai kata, elemen daging yang siap dimasak (sama ada dipek atau ditinkan) memang langsung tidak bagus untuk kesihatan.

Bagaimana pula kalau SinarPlus katakan, makanan terbabit telah ditransisikan kepada sajian berbentuk vegan?

Iklan

Masih tidak faham lagi?

Okey, begini, memetik laporan AFP, sebuah makmal canggih di Singapura telah menghasilkan beberapa jenis makanan seperti sate ayam dan rendang daging secara tiruan yang membuatkan anda terpegun sekejap.

Iklan

Masakan tidak, pakar perisa dan saintis mereka telah menggunakan ekstrak tumbuhan untuk menghasilkan dua hidangan itu yang lazimnya berasaskan daging tanpa mengubah rasanya.

Naib Presiden dan Pengurus Besar Asia Tenggara, Archer Daniels Midland (ADM) yang merupakan satu syarikat makanan yang terkenal di Amerika Syarikat, Dirk Oyen berkata, sebelum ini, burger dan nuget ayam berasaskan tumbuhan sudah boleh didapati di rantau ini.

Namun, kini ADM sedang menumpukan usahanya untuk beberapa hidangan lokal lain, ujar Oyen.

Mengulas lanjut, Oyen berkata, pihaknya telah menggunakan teknologi canggih untuk menggabungkan zat pemakanan, tekstur, aroma dan rasa kepada makanan itu yang sememangnya menjadi tumpuan tatkala lebaran.

"Kami menggabungkan dan mencipta alternatif kepada daging dengan menggantikannya dengan kacang soya dan kacang pis," katanya.

Dunia sekarang memang sudah terlalu canggih, kan? Namun, sejauhmana kesedapan sate dan rendang jenis sayur-sayuran ini sudah nak cakap.

Lebih baik masak sendiri, namun inovasi tersebut berguna kepada mereka yang hidup bujang dan tak pandai memasak.

Terima kasih kepada teknologi dan saintis!