"Lain kali umum awal-awal, rugi besar baju dah beli" - netizen ralat PKP 3.0 saat akhir persiapan raya

Iklan
1

SELEPAS pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa buah negeri, terbaharu kerajaan mengumumkan perintah tersebut berkuatkuasa di seluruh negara.

PKP yang bermula antara 12 Mei hingga 12 Jun 2021 itu turut menyebabkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri berubah.

Iklan
Iklan

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin keputusan tersebut diambik ekoran trend kes harian Covid-19 mencatatkan peningkatan.

Iklan

Justeru, kerajaan mengambil langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak berkenaan dalam kalangan masyarakat khususnya.

Iklan

Muhyidin turut memaklumkan kewujudan varian-varian baharu dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi dan kekangan ke atas kapasiti sistem kesihatan awam semakin meruncing.

Pengumuman PKP 3.0 itu nampaknya mencetuskan pelbagai reaksi mendukacitakan, lebih-lebih lagi menjelang saat akhir umat Islam melakukan persiapan hari raya.

Antara luahan warga maya:

"Sudah ku duga , pasti akan dibuat PKP menyeluruh. Sedih nyee weiii , kemenangan umat Islam, tapi jadi sebaliknya dah ?.”- @Llukphitrisyach

"Lain kali announced la awal-awal. Takde la kami buat koi raya banyak-banyak. Jemssss betuii lagu ni. Mujur baju raya tak beli. Takde la ralat sangat?.”- @a.miegha

"Rugi besar aku tahun ni. Adehhhh dugaan.. Baju raya dah beli.. Kuih raya dah beli banyak.. Tak apalah.. Dugaan bulan puasa.. Kalau tahu mcm ni buat biasa2 je.. ?.”- @khoirolbashar

"Bersabarla korang. Tengok je la sekarang ini kes kita dah beribu riban. Tolong sedar please.”- @shairilthekicker

Semoga korang bersabar dan memahami bahawa keputusan terbabit adalah untuk kepentingan bersama. #kitajagakita

Sumber: Instagram MKN