MENGEJUTKAN dan ini antara berita yang heboh diperkatakan dalam media sosial sejak dua menjak ini
Jika tidak, masakan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bangkit meminta sebuah syarikat pengeluar aiskrim popular menjelaskan penggunakan perkataan 'gay' pada produk mereka.
Tegas Nadzim, syarikat tersebut seharusnya lebih sensitif terhadap penggunaan perkataan tertentu bagi mengelakkan berlakunya salah faham atau pertelingkahan antara kaum.
Katanya, terdapat banyak perkataan lain yang boleh digunakan bagi menggambarkan keriangan saat menikmati hidangan aiskrim.
Mengikut pandangan warganet, penggunaan perkataan tersebut dilihat seperti cubaan syarikat terbabit untuk menggalak dan menyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Menerusi tinjauan kami semalam, tertera kenyataan 'Golden Gaytime' dan 'Delicious Chances To Have A Gay Time!" pada bahagian hadapan kotak aiskrim tersebut.
Produk makanan tersebut dijual di tempat terbuka bersama dengan beberapa jenama lain di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur.
Pun demikian, aiskrim tersebut tidak dipromosikan di laman rasmi Instagram jenama terbabit.
Difahamkan produk tersebut turut mendapat tentangan di republik Indonesia pada tahun 2018.
Dijual pada harga RM43.90 sekotak, aiskrim tersebut hadir dipercayai telah berada di pasaran Malaysia sejak akhir tahun 2020.