Tidak berperikemanusiaan! Bayi lelaki 9 bulan maut, diliwat suami pengasuh

Iklan
bayi

'HARAPKAN pegar, pegar makan padi'.

Inilah situasi yang berlaku di sebuah rumah di Kelana Jaya, Selangor.

Iklan
Iklan

Orang dewasa yang sepatutnya bertanggungjawab menjadi pelindung dan menjaga anak kecil tegar bertindak kejam sehingga hilang sifat perikemanusiaan.

Luluh hati mendengar pengesahan polis mengenai seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan diliwat dan dibunuh oleh suami pengasuhnya sendiri pada 27 April lalu.

Iklan

Pada hari kejadian mangsa dikatakan berada di dalam bilik tidur bersama suspek manakala isteri suspek pula (pengasuh) sedang menyapu di luar kediaman mereka.

Iklan

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai pengasuh.

"Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan cedera pada dubur bayi terbabit dipercayai diliwat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Pada masa sama, kesan lebam pada bahagian mulut dipercayai ditekup menggunakan tangan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Nampaknya kes bayi maut akibat didera tidak pernah surut. Apakah dosa mereka sehingga sanggup diperlakukan sedemikian rupa.

Antara kes bayi dibunuh:

19 Februari 2018

- Bayi perempuan, Nurul Ain Umairah berusia 47 hari meninggal dunia dipercayai akibat didera ibu bapanya di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah, Pulau Pinang. Laporan bedah siasat pertama mendapati anak bongsu daripada dua beradik itu meninggal dunia akibat pendarahan otak selain ada kesan lebam, calar dan gigitan pada seluruh badan.

13 Oktober 2020

- Bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dipercayai dibunuh bapanya menggunakan objek tumpul di Kampung Sungai Dua, Kelantan. Siasatan awal mendapati bapa bayi terbabit dipercayai mengalami gangguan mental. Lebih menyedihkan mayat bayi itu ditemui di dalam karung guni yang disorok di bahagian dapur rumah.