3 resipi kek popular Azlina Ina. Lembut dan gebu, tak jemu makan

Iklan
1

 

HARI Lebaran bakal disambut bagi meraikan kemenangan umat Islam setelah 30 hari berpuasa di bulan Ramadan. Walaupun raya kali ini sedikit berbeza kerana kita dikekang dengan pelaksanaan Perintah Kawalam Pergerakan (PKP), penyediaan sajian raya untuk keluarga jangan diabaikan.

Iklan
Iklan

Mari kita hidangkan kek buat santapan keluarga. Kek Marble, Kek Pisang Moist dan Kek Buah antara kek ‘orang lama’ yang tidak dinafikan keenakannya!

Iklan

Resipi yang mudah ini hasil daripada perkongsian Azlina Ina yang merupakan nama besar dalam perniagaan bakeri. Resipi yang dikongsikanya ini tular dan banyak dikongi di media sosial. Jadi tentulah ia praktikal dan sudah diuji ramai.

 

Iklan

Kek Marble

Bahan-bahan

230gm mentega

170gm tepung gandum

170gm gula kastor

5 biji telur dari peti ais

3 sb susu pekat

1 sk baking powder

1 sk esen vanilla

1 sb ovalette

3-4 sudu makan serbuk koko (diayak) atau coklat emulco

Cara- cara penyediaan

1. Ayak tepung bersama baking powder.

2.Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.

3. Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan atau jadi putih gebu lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.

4. Masukkan pula telur kuning sebiji demi sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata.

5. Kemudian masukkan ovalette dan adunan mentega. Pukul lagi hingga rata.

6. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul pada satu arah sahaja. Apabila rata bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan koko atau emulco pilihan anda.

7. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.

8. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 40 minit atau sehingga masak.

 

Kek Pisang Moist

Bahan-bahan

6-7 biji pisang emas / 4-5 biji pisang berangan

150 gram mentega (dicairkan)

5 biji telur

1 cawan gula halus

1 sudu kecil esen vanilla

2 cawan tepung self-rising

2 sudu kecil soda bicarbonate

Cara- cara penyediaan

1. Kupas pisang dan lenyek.

2. Kemudian masukkan gula, telur dan esen vanilla ke dalam mesin pengadun dan adun sebati selama dua hingga tiga minit

3. Masukkan pula mentega dan pisang, kacau sebati.

4.Di dalam bekas yang lain, masukkan tepung bersama soda bicarbonate dan gaulkan bersama bahan yang sudah disebatikan tadi.

5.Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 40 minit pada suhu 180 darjah Celcius dengan api atas bawah.

6. Jika korang menggunakan kaedah kukus, ia perlu mengambil masa selama 45 minit dengan api sederhana.

 

Baca juga: Resipi biskut cip coklat ala Famous Amos, confirm jadi!

Kek Majerin Buah Buahan

Bahan-bahan

2 cawan buahan campuran

2 cawan marjerin

1 cawan gula kastor

5 biji telur (gred A)

3 cawan tepung gandum

1 sudu besar baking powder

1 sudu kecil soda bicarbonate

2 sudu besar bes minuman limau Sunquick

Cara- cara penyediaan

1. Gaulkan buah-buahan kering bersama satu senduk tepung gandum. Teknik ini untuk mengelakkan buah-buahan tersebut mendap ke dasar kek loyang.

2. Campurkan marjerin dan gula kastor dan putarkan ia sehingga kembang (menjadi putih krim)

3. Masukkan lima biji telur sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.

4. Matikan mesin pengadun dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit bersama baking powder.

5. Gaul rata dan tambah 2 sudu besar sunquick. Boleh juga ditambah dengan serbuk buah pala atau kayu manis.

6. Masukkan buah-buahan kering dan gaul secara perlahan.

7. Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah dilapik kertas pengalas dan masukkan ke dalam oven yang telah panas dengan suhu 170-180c selama 55 minit.

Kalau korang menggunakan bekas aluminium, kukus selama 1 jam atau loyang 3 jam hngga 4 jam.

Resipi sumbangan daripada Azlina Ina ini memang tular dan terbukti menjadi. Jom sediakan kek hasil air tangan sendiri buat insan yang tersayang. Lebih jimat dan mengeratkan kasih sayang antara ahli keluarga.

Sumber: Azlina Ina