Tunjuk hidup mewah, makan sedap tapi tak bayar hutang! Hilang keberkatan dan reda Allah

Iklan
nama anak

BILA sebut sahaja pasal hutang, pernahkah korang jumpa orang yang nak pinjam duit dengan berjanji akan bayar pada tempoh sekian, sekian?

Tapi akhirnya sampai sekarang dia tak bayar, bahkan orang itu melarikan diri dan menjauhkan diri daripada kita pula.

Iklan
Iklan

Lagilah bertambah sakit hati pula apabila si penghutang ini boleh pula dia membeli telefon baru, komputer riba baru, travel sana sini, buat bisnes sana sini namun hutang kita buat tahu sahaja!

Iklan

Seperti juga perkongsian daripada saudara Firdaus Shakirin ini, semaklah diri andai ada hutang yang belum dilunaskan.

Iklan

"Tukar perabot, tukar kereta, beli baju baru, beli brg kemas hukumnya TAK WAJIB, tapi bayar hutang org hukumnya WAJIB.

"Sengaja tak nak bayar hutang dlm keadaan diri tu mampu utk bayar, maka berdosa besar dan perbuatan itu ZALIM.

"Zalim kepada pemberi hutang!" ujarnya.

Menurutnya, andai kita berhutang dengan niat nak membayar, akan dipermudahkan urusan kita.

"Tapi kalau kita berhutang dan tiada niat untuk bayar semula, maka Allah akan merugikan hidup kita lebih double triple dari nilai hutang-hutang kita.

"Tunjuk hidup mewah, tunjuk makan sedap-sedap, tunjuk pergi sana sini, tapi hutang orang tak nak bayar, maka kita ni jenis manusia yang tak ada maruah, tak ada moral.

Hutang memang wajib dibayar walaupun tak dituntut... Renung-renungkan.

Semoga bermanfaat!