Tiada daya saya untuk memuaskan hati semua pihak – Izreen Azminda kongsi luahan hati

Iklan
Izreen Azminda & Intan Liana Salleh

PELAKON Izreen Azminda tampil membuat luahan hati berkaitan soal kemaafan di laman Instagramnya pada Sabtu.

Menerusi perkongsian tersebut, Izreen, 36,  berkata, keikhlasannya memohon maaf hadir daripada hatinya yang benar-benar rindukan kedamaian.

Iklan
Iklan

Luahan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pertemuan Izreen dengan Intan Liana Saleh, bekas isteri kepada suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, menerusi program Melodi Raya.

"Yang meminta maaf itu kuat, yang memaafkan itu kekuatan, yang dulu itu masa lalu, yang kini itu perjalanan.

Iklan

"Keikhlasan tak boleh dipaksa, tak juga boleh dipinta. Tapi keikhlasan itu hadir dari hati yang benar-benar rindukan kedamaian.

"Jika memaafkan itu sebuah kemenangan, maka tenangnya kehidupan menjadi ukuran, dan jika dimaafkan itu sebuah penghormatan, maka kebahagiaan itu menjadi impian.

Iklan

"Allah itu pemegang hati pada setiap yg bernyawa, pemilik jiwa pada setiap pelusuk bumi-NYA, jika dia temukan kedamaian dari sebuah beratnya ujian, maka akan ada kisah indah pada sebuah pengakhiran,” tulisnya penuh makna tersirat.

Bagaimanapun kata Izreen yang kini sedang hamil anak ketiga itu, tidak ada apa yang dimahukan, selain doa daripada orang ramai agar masing-masing bertemu pengakhiran yang baik.

"Andai kemaafan ini tidak mampu menembus kesalahan, namun tidak mematikan sujud doaku pada-NYA untuk sebuah pengakhiran indah yang dinantikan.

"Tidak ada apa yang saya mahukan. Cuma doa-doa daripada kalian supaya kita semua bertemu pengakhiran yang baik-baik sahaja,” katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak namun sudah mencuba sebaik mungkin untuk memulihkan keadaan.

"Tiada daya saya untuk memuaskan hati semua pihak. Jadi terpulanglah, apa yang saya harap yang baik-baik sahaja lepas ni,” ujarnya.

Dalam hantaran tersebut, Izreen juga mengucapkan terima kasih kepada program Melodi Raya yang mengaturkan pertemuannya dengan Intan Liana selepas empat tahun kontroversi melibatkan mereka.

Episod membabitkan pertemuan Izreen dan Intan itu bakal ditayangkan pada program Melodi Raya di TV3, hari ini.

"Jangan lupa saksikan episod istimewa, Melodi Raya, episod satu yang akan bersiaran pada 16 Mei 2021, Ahad pada jam 12 tengahari.

"Tak lupa juga ucapan terima kasih buat seluruh warga kerja Melodi untuk pertemuan ini,” katanya.

(FOTO: Instagram Izreen Azminda & Intan Liana)