"Bukannya hidu wap cengkih! Jika mahu tolong, segera ke hospital"- Dr Mahyuddin

Iklan
1

WALAUPUN sudah berkali- kali pakar perubatan menegaskan supaya tidak mempercayai kaedah rawatan Covid-19 tanpa kajian saintifik atau mitos 'merapu', masih ada yang berdegil.

Ya, kita boleh membantu mencegah penularan jangkitan koronavirus dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Bagaimanapun, apabila dijangkiti virus bahaya itu orang ramai dinasihatkan segera ke hospital untuk rawatan lanjut.

Iklan
Iklan

Bukannya bertindak menggunakan kaedah rawatan DIY di rumah seperti yang dilakukan sesetengah individu.

Jom ikuti cerita Dr Mahyuddin Mohamed.

Iklan

Menerusi hantaran laman sosial Facebooknya, pakar bedah ortopedik tersebut berkongsi satu klip video yang tular mengenai penyediaan rawatan Covid-19 di rumah menggunakan wap air rebusan rempah ratus.

Iklan

"Viral pula video hidu wap bunga cengkih untuk rawat Covid-19. Siap minta like dan share, like dan share lagi, Allahuakbar.

"Tuan,puan, jika anda selesema, sakit tekak, batuk dan kesukaran bernafas, segera ke hospital ya," tulisnya baru-baru ini.

Menurut beliau, individu yang berkongsi video berkenaan mendakwa niat murninya ingin membantu petugas barisan hadapan (frontliners).

Baca juga Brunei Genap Setahun Bebas Koronavirus, Kes Tempatan Terakhir 6 Mei 2020

Pun begitu, tekniknya salah. Lebih membimbangkan, jika lambat bertindak nyawa boleh melayang.

"Katanya mahu tolong frontliners. Jika mahu tolong, segera ke hospital, bukannya pergi hidu wap cengkih!

"Lagi lambat ke hospital, anda mungkin bertukar daripada kategori 1 atau 2 ke kategori lebih teruk dan memerlukan mesin pernafasan. Kelewatan ke hospital mungkin membahayakan nyawa!” tegas beliau.

Menurut Dr Mahyuddin, teknik yang kononnya berfungsi sebagai ‘rawatan’ itu bukan sahaja tidak berkesan merawat jangkitan Covid-19, bahkan boleh mendatangkan kecederaan.

"Ia bukan sahaja tiada kajian membuktikan keberkesanan, malah menghidu wap panas boleh menyebabkan inhalation injury atau kerosakan salur pernafasan.

"Kalau boleh guna wap cengkih untuk rawat, tak perlulah kita belanja jutaan ringgit beli vaksin, buat pusat pemberian vaksin, pusat kuarantin pesakit Covid-19 dan sediakan wad dan ICU untuk pesakit. Baik kita belanja duit beli bunga cengkih je,” katanya lanjut.

Justeru, enggan memudaratkan situasi pandemik di negara ini, Dr Mahyuddin turut memohon kerjasama warganet supaya tidak berkongsi dan menyebarkan video 'rawatan' wap cengkih tersebut.

Dalam status berasingan, Dr Mahyuddin menitipkan bingkisan ringkas:"Salam Aidilfitri buat anda semua. Mari kita jaga diri dan keluarga masing-masing.

[caption id="attachment_46307" width="1024"] Foto: KKM[/caption]

Justeru, diharapkan korang tidak mudah percaya dengan tip ataupun teknik rawatan Covid-19 yang tular dalam media sosial.

Sekiranya mengalami simptom seperti selesema, sakit tekak, batuk dan kesukaran bernafas, maka segera berjumpa doktor.

Sumber: Dr Mahyuddin Mohamed