Lebaran berbeza buat Sissy Imann               

Iklan
Untitled design - 2021-05-18T182834.065

SAMBUTAN lebaran tahun ini memberi ‘rasa’ yang berlainan buat penyanyi, pelakon dan pengacara, Sissy Imann lantaran pemergian dua insan tersayang.

Menurut Sissy atau nama penuhnya Sissy Imann Mohammad Kamil​, kehilangan datuk dan nenek di kedua-dua belah ibu dan ayahnya cukup dirasai mereka sekeluarga.

Iklan
Iklan

"Raya kali ini agak sedih kerana ini tahun pertama datuk dan nenek tiada. Nenek sebelah ayahanda meninggal akhir tahun lepas, manakala datuk  baru sahaja April lalu.

"Yang lain dah lama meninggal. Figura datuk dan nenek dalam hidup saya sudah tiada, jadi agak suram. Yang tinggal hanya datuk saudara, tetapi mereka berada di luar Kuala Lumpur pula,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Iklan

Tambah bekas peserta Big Stage musim pertama itu, dia mempunyai hubungan akrab dengan datuk dan nenek di sebelah bondanya kerana tinggal bersama sehingga berusia 15 tahun.

"Saya pernah tinggal bersama arwah nenek ketika masih bersekolah. Kedua-duanya jaguh dalam memasak, nenek di sebelah bonda dikenali sebagai ratu kuih, semua jenis kuih termasuk biskut raya dia boleh buat.

Iklan

"Nenek di sebelah ayahanda pula pandai memasak, apa sahaja jenis lauk dia boleh masak. Jadi bila tiba Lebaran, terasalah juga.

"Mujur bonda mewarisi kebolehan memasak itu, saya pula hanya menolong di dapur sahaja,” ujarnya yang hanya berhari raya di Kuala Lumpur bersama keluarga tercinta.

[caption id="attachment_46508" width="682"] Sissy bakal tampil dengan single baharu tidak lama lagi.[/caption]

Berkongsi perkembangan seninya, gadis berusia 26 tahun itu memberitahu, dia akan tampil dengan sebuah lagu baharu ciptaan Omar K dan Firdaus Rahmat tidak lama lagi.

Ujar Sissy, lagu ini akan membawa sedikit kelainan dan akan diterbitkan bersama Warner Music Malaysia.

"Kalau ikutkan tawaran yang saya dapat sekarang lebih kepada mengacara. Nak ditolak rezeki, tetapi dalam masa sama, saya risau juga orang lupa kerjaya saya sebagai penyanyi.

"Jadi saya akan meneruskan perjuangan seni saya dalam bidang nyanyian menerusi penerbitan lagu ini tidak lama lagi,” jelasnya.

Sementara itu, ditanya mengenai insiden terjatuh daripada kuda Februari lalu, Sissy mengakui trauma pada awalnya.

Bagaimanapun rasa trauma itu semakin hilang, namun dia belum berkeyakinan untuk mengulangi aktiviti tersebut.

"Saya tak mahu salahkan mana-mana pihak atas apa yang berlaku. Cuma selepas insiden itu, ayahanda akan pastikan mendapat maklumat lebih terperinci dan jelas mengenai apa yang perlu dilakukan saya di lokasi penggambaran agar kejadian serupa tidak berulang,” katanya.