"Membawang 15 minit dengan jiran tepi pagar pun jangan, tak boleh buka pintu kepada orang lain"- Dr Rafidah tegur sikap langgar SOP

Iklan
3

ANGKA kes positif Covid-19 di nampaknya semakin membimbangkan. Pada satu tahap beberapa lokasi di seluruh negara berubah status zon merah kerana mencatatkan jumlah kes jangkitan yang tinggi.

Hal demikian dikatakan berpunca daripada kekeliruan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Iklan
Iklan

Justeru, Pakar Perunding Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah, terpanggil merungkai kekeliruan berkaitan SOP yang dihadapi sesetengah masyarakat. Ia termasuklah perlakuan dan tindakan tanpa disedari sehingga mencetuskan jangkitan dan penularan Covid-19.

Iklan

Tuturnya:"Saya nampak ramai benar rakyat Malaysia keliru apa sebenarnya jaga SOP. Senarai kelakuan di bawah adalah TIDAK mengikut SOP."

1. Mana boleh bersalam-salam. Peluk cium lagilah. Ini TIDAK memenuhi SOP kekalkan penjarakan fizikal melebihi satu meter.

Iklan

2. Makan dengan bukan keluarga yang duduk serumah. TIDAK memenuhi SOP penjarakan fizikal, lebih-lebih lagi kena buka pelitup muka.

Jadi, JANGAN MAKAN beramai-ramai. Apa salahnya makan seorang diri terutama semasa bekerja. Melepak dan keluar makan ramai-ramai lagilah. Elakkan.

Baca juga Awas! Varian Baharu Merebak Lebih Cepat, Terus Kekal Di Rumah

3. Keluar beramai-ramai ke mall tidak ikut SOP. Bawa anak kecil lagi. Keluar bila perlu sahaja. Seorang keluar beli barangan untuk makan dan keperluan asas cukuplah. Tolonglah jangan salahkan kerajaan buka mall. Mall dibuka bukan untuk anda ingkar SOP.

4. TIDAK memakai pelitup muka dengan betul sepenuh masa apabila keluar rumah termasuk semasa bekerja. Jangan sekali-kali bercakap dengan sesiapa yang tidak memakai pelitup muka. Menapak satu langkah keluar rumah pun kena pakai pelitup muka.

5. Jangan bersama-sama dengan orang lain di kawasan tertutup lebih daripada 15 minit walaupun semua pakai pelitup muka. Jika perlu sangat nak berada di situasi ini, pakai FACESHIELD.

6. Ziarah menziarah SALAH. Yang ini saya tengok merata-rata punca kes sekarang. Hanya DUDUK DI RUMAH SENDIRI. Sikap tidak apa inilah yang bermasalah.

Baca juga Jangan Terima Tetamu, Seminggu Sekali Ke Pasar, Tip Self Lockdown KKM

7. Sebagai TUAN RUMAH, JANGAN buka pintu kepada orang lain. Kalau buka, anda salah. Membawang lebih daripada 15 minit dengan jiran tepi pagar pun JANGAN walaupun semua pakai pelitup muka.

8. Kalau tahu anda adalah KONTAK RAPAT atau tidak menjaga SOP semasa keluar rumah, tinggal seorang diri. Lawat bilik ke bilik di dalam satu rumah pun tidak boleh. Serupa juga jika anda Person Under Surveillance (PUS) iaitu anda kontak dengan seorang yang kontak rapat pesakit positif.

Kalau tidak ada bilik berasingan, jauhi keluarga dan jangan makan bersama. Tak perlu 'jaga' hati orang lain. Beri mereka kesedaran, terangkan apa maksud norma baharu. Anda selamat, keluarga selamat dan anda mungkin menyelamatkan mereka dan keluarga mereka juga.

Semua tindakan bermula daripada diri sendiri. Diharapkan dengan perkongsian bermanfaat daripada Dr Rafidah itu tentang pematuhan SOP memberikan gambaran yang lebih jelas dan merungkai kekeliruan.

Hentikan perlakuan yang boleh mendatangkan bahaya dan jangkitan Covid-19 kepada diri dan keluarga.

Sumber: KKM

Twitter Dr Rafidah Abdullah

https://www.facebook.com/rafidah72