BELUM lagi reda kisah pelakon dan usahawan, Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pagi tadi, timbul pula kontroversi baharu.
Nampaknya, kehadiran Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd ke kompleks mahkamah pada pukul 8.55 pagi menjadi bualan netizen gara-gara beliau dikatakan tidak memakai pelitup muka.
Menerusi kepingan foto bidikan kumpulan media niqab yang dipakai selebriti berusia 32 tahun itu jelas menampakkan bentuk hidung dan bahagian mulutnya.
[caption id="attachment_46704" width="1024"] NEELOFA dan PU Riz hadir ke Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan dalam persalinan warna sedondon putih dan krim.[/caption]
Rentetan gambar berkenaan tular di dalam media sosial yang mana warga maya mula mempersoalkan status pemakaian pelitup muka untuk wanita berpurdah.
Berikut antara komen di media sosial yang mendakwa Neelofa sekali lagi tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Artikel berkaitan: Neelofa, PU Riz Sedondon Ke Mahkamah, Mengaku Tidak Bersalah Langgar SOP PKPB
Umum mengetahui bermula pada 1 Ogos 2021 rakyat Malaysia diwajibkan memakai pelitup muka bagi mengekang penularan koronavirus.
Lagipun pada tahun lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pernah memaklumkan bahawa pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang diri daripada dijangkiti Covid-19.
Terdahulu, kehadiran pasangan selebriti tersebut ke mahkamah bagi berdepan pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Bagaimanapun, Neelofa mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual ketika masuk ke dalam sebuah kedai karpet di Nilai 3 pada 2 Mei lalu.
Sementara itu, PU Riz pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama dan pertuduhan tidak memakai pelitup muka ketika berada di kedai karpet terbabit.
Neelofa dan PU Riz, masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 dan RM10,000.
INFO
- Bermula pada 1 Ogos 2020, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mewajibkan memakai pelitup muka di tempat awam.
- Terdapat dua jenis pelitup muka yang disarankan iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.
- Pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka tidak bergejala, tetapi berada di tempat awam.
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pelitup muka tiga lapisan fabrik.