Tidak perlu bersesak-sesak beratur, AirAsia Fresh kan ada, hanya di hujung jari saja

Iklan
airasia fresh

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 yang semakin mencanak naik bukan saja menggerunkan, bahkan membuatkan ramai lebih peka untuk #stayathome buat sementara waktu.

Lebih-lebih lagi Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dilaksanakan buat masa ini membuatkan rakyat 'malas' untuk keluar rumah, selain menyelesaikan urusan kerja ataupun ada kecemasan sahaja.

Iklan
Iklan

Jadinya, segala apa yang diinginkan termasuk mendapatkan barang keperluan seperti stok dapur akan dilakukan secara dalam talian.

Iklan

Jika anda terbiasa dengan aplikasi lain, apa kata pada kali ini, kita beralih kepada pembelian secara online melalui AirAsia Fresh yang menawarkan produk terbaik untuk seisi rumah.

Lengkap dengan pakej menu masakan popular, AirAsia Fresh seolah-olah mengetahui kehendak pengguna dan paling menarik, mereka memberikan potongan harga hingga 50 peratus.

Iklan

Mubarak Fresh Pack untuk menu Kambing Maghribi, Asam Pedas Jenahak dan Dalca Sayur memang memudahkan pengguna.

Contohnya, untuk pek Kambing Maghribi, set yang ditawarkan pada harga RM105 itu lengkap dengan resipi dan cara memasak untuk empat atau lima orang. Mudahkan?

Sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak untuk belajar memasak, pakej yang ditawarkan memang berbaloi kerana penghantaran terus ke rumah.

Bukan saja sayur-sayuran segar dan ayam kampung, mangga Harumanis pun ada juga tau! Harga untuk satu kilogram ditawarkan RM38 saja. Murah dah tu!

Selain barang basah, produk kering seperti pes Nasi Ayam Claypot, sos Korea Pedas Adabi, DiamondPure Milk with Kiwi dan banyak lagi diberikan diskaun cukup berbaloi.

Masakan tidak, potongan harga lebih 50 peratus diberikan buat pelanggan yang menggunakan servis AirAsia Fresh sehingga stok masih ada.

Jangan tak percaya, harga bawah RM2 pun ada dijual seperti ubi kentang, pek minuman segera kopi dan banyak lagi.

AirAsia Fresh juga sentiasa mengemas kini produk baharu yang dijual di pasar raya online tersebut dan anda hanya perlu memilih kategori barangan yang diperlukan tanpa perlu bersesak di tempat awam.

Buat peminat coklat pula, ada pilihan coklat premium disediakan di bawah jenama Alfredo antaranya Durian Praline Chocolate, Panned Almond Dark Chocolate dan Panned Supermix Chocolate.

Jadi apa tunggu lagi? Cepat-cepat intai promosi yang ditawarkan sementara stok masih ada.

Ada banyak lagi pilihan buat para ibu yang bekerja untuk mempercepatkan urusan memasak di dapur.

Al-maklumlah, bekerja dari rumah dengan urusan dapur dan hal-hal mengemas mesti tak cukup tangan dibuatnya.

Apa yang penting, patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan, jaga kebersihan diri dan amalkan penjarakkan sosial ya! #kitajagakita