Ain Edruce timang anak perempuan

Iklan
Ain Edruce

SELEPAS sehari bergelar ibu, pelakon dan pengacara Ain Edruce berkongsi jantina anak yang dilahirkan pada 1.30 pagi Khamis.

Bayi perempuan dengan berat 2.79 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah perubatan di Subang Jaya.

Iklan
Iklan

"Syukur proses kelahiran anak sulung kami dipermudahkan. Apapun jantina, saya dan suami menyambut tanda cinta kami ini dengan penuh kesyukuran,” katanya.

Berkongsi perasaannya yang kini bergelar ibu dan memikul tanggungjawab baharu, pelakon sitcom J.K.K itu berkata, dia sendiri seperti masih tidak percaya dengan status itu.

Iklan

"Memang kalau cakap dah jadi ibu, saya sendiri rasa macam di awang awangan. Tapi semestinya saya dan suami mengharapkan rumah tangga kami akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung.

"Mudah-mudahanya tanggungjawab baharu ini akan saya pikul sebaik mungkin. Insya-ALLAH,” ujar Ain.

Iklan

Terdahulu Ain yang sememangnya dikenali dengan sikap happy go lucky itu mencuri perhatian ramai apabila sempat berkongsi video di aplikasi TikTok sebelum bersalin.

Ain mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019.