"Asyik dia saja langgar SOP."
Berikut antara komen yang Bibir Merah baca menerusi laman sosial Facebook Sinar Harian.
Hantaran sedemikian ditulis susulan timbul cerita baharu hari ini bahawa polis akan menjalankan siasatan terhadap selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor (Neelofa) yang didakwa tidak memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya telah menerima laporan polis berhubung perkara itu.
"Ini termasuklah kepada mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh," katanya menerusi kenyataan media.
Kontroversi tersebut mula menjadi pertikaian dalam kalangan warga maya selepas foto dirakam kumpulan media menunjukkan niqab yang dipakai selebriti itu jelas menampakkan bentuk hidung dan bahagian mulutnya.
Bibir Merah pun tak tahu sampai bila cerita mengenai dakwaan Neelofa berusia 32 tahun melanggar SOP terus menjadi bualan.
Dek rentetan satu persatu kesalahan melanggar SOP dilakukan Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) rakyat mula muak kerana menyifatkan berlakunya double standard antara golongan kayangan dan marhaen.
Lantas satu penandatangan petisyen dilancarkan menerusi www.change.org dua hari lalu yang mendesak supaya Neelofa dan pasangan dipenjarakan.
Setakat artikel ini ditulis petisyen bertajuk 'Langgar SOP: PDRM Penjarakan Neelofa Segera' telah ditandatangani sebanyak 61,37 orang yang 'tidak berpuas hati'.
"Neelofa merupakan seorang selebriti yang telah banyak kali melanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik Covid-19.
[caption id="attachment_46966" width="1024"] POLIS akan menjalankan siasatan terhadap Neelofa (dua dari kanan) yang didakwa mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis.[/caption]
Pada masa sama, www.change.org turut menyenaraikan kesalahan melanggar SOP yang telah dilakukan Neelofa dan keluarga:
1. Majlis Perkahwinan Neelofa & PU Riz di Grand Hyatt - Mac 2021 (tindakan telah diambil).
2. Honeymoom di Langkawi - Mac 2021 (tiada tindakan undang-undang diambil).
3. Rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan tanpa sebab kukuh, sebaliknya ke kedai carpet - Mei 2021 (tiada tindakan undang-undang dikenakan).
4. Neelofa dan seluruh ahli keluarga berkumpul di rumah ketika hari raya Aidilfitri - Mei 2021 (langgar SOP Aidilfitri, tiada tindakan undang-undang diambil).
Bagi Bibir Merah, rakyat Malaysia mempunyai hak dan ruang untuk menzahirkan ketidakpuasan hati kepada Neelofa dan famili. Tiada siapa menyekat kebebasan korang menandatangani petisyen berkenaan.
[caption id="attachment_46968" width="1024"] PETISYEN dilancarkan menerusi www.change.org mendesak supaya Neelofa dan pasangan dipenjarakan kerana melanggar SOP.[/caption]
Pun begitu, peluang kebebasan yang diberikan janganlah disalahguna sehingga kita melangkaui urusan pihak polis dan mahkamah.
Sebaik-baiknya biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan mengikut prosedur dan hukuman sewajarnya ditentukan mahkamah. Bukannya, menerusi 'kuasa netizen'.
Bibir Merah berharap situasi yang berlaku terhadap Neelofa sedikit sebanyak membuka mata golongan selebriti.
Sepatutnya artis ataupun personaliti menggunakan populariti untuk mengajak peminat melakukan kebaikan dan melunaskan tanggungjawab mematuhi SOP.
Apatah lagi, negara kita sedang bertarung dengan pandemik Covid-19. Kasihanilah frontliners!
Sumber: Bernama, @neelofa dan www.change.org