"Jangan suka-suka kecam mereka berniqab tidak memakai mask"- Datuk Nurul Hidayah

Iklan
nurul zahid

DATUK Nurul Hidayah Ahmad Zahid menepis dakwaan sesetengah individu mengatakan golongan berniqab tidak memakai pelitup muka seperti mana yang digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Bicara anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu, beliau yakin selama ini majoriti wanita berniqab ataupun berpurdah sentiasa memakai topeng muka untuk pelindungan diri.

Iklan
Iklan

"Kami mempunyai cara tersendiri memakai pelitup muka secara kemas. Ia akan terletak di bahagian dalam manakala niqab menutupi bahagian luarnya," jelas beliau menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya @nurul.zahid baru-baru ini.

Iklan

[caption id="attachment_47218" width="640"] NURUL HIDAYAH menepis dakwaan sesetengah individu yang mengatakan golongan berniqab tidak memakai pelitup muka seperti mana disarankan dalam SOP mengekang pandemik Covid-19.[/caption]

Artikel berkaitan: Wanita Berpurdah Juga Wajib Pakai Pelitup Muka

Iklan

[caption id="attachment_47220" width="640"] BAHAGIA. NURUL HIDAYAH (kanan) disamping suami tercinta Saiful Nizam.[/caption]

Cerita isteri kepada Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff tersebut, ironinya golongan berniqab dan berpurdah lebih mudah mengikut arahan ditetapkan.

"Sebenarnya kita lagi senang nak ikut arahan berbanding mereka yang lain. Arahan daripada ALLAH, insya-ALLAH kita patuh.

[caption id="attachment_47219" width="465"] NURUL HIDAYAH menyarankan agar wanita berniqab kekal istiqamah dan pada masa sama memakai mask sebagai pelindung diri.[/caption]

Beliau menambah, video tersebut dihasilkan adalah untuk mendidik orang ramai bahawa wanita berniqab tiada masalah memakai pelitup muka.

"Saya berharap mereka yang berniqab di luar sana jangan berasa sedih. Teruskan istiqamah (berniqab) sambil memakai mask bersesuaian untuk hijab.

"Kita jaga apa yang ALLAH perintah dan ALLAH akan jaga kita," tutur Nurul Hidayah.

Video berdurasi dua minit 10 saat itu mendapat 37,996 jumlah tontonan dan 2,833 likes setakat artikel ini ditulis.

Artikel berkaitan"Pakai Niqab Tak Perlu Pakai Face Mask Ke?- Netizen Dakwa Neelofa Tidak Pakai Pelitup Muka Ke Mahkamah

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, memakai niqab atau pelindung muka tanpa pelitup hidung dan mulut adalah salah di bawah Akta 342.

Beliau turut menjelaskan, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memakai pelitup muka.

Foto: Instagram @nurul.zahid