SIRI sitkom popular 1990-an, Friends akan kembali mengubati rindu peminatnya menerusi Friends: The Reunion.
Bakal ditayangkan di Malaysia secara eksklusif menerusi HBO GO pada 27 Mei ini jam 3.01 petang manakala siaran ulangan di HBO (Astro saluran 411) pada jam 9 malam, ia akan mengekalkan bintang utama iaitu Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry, and David Schwimmer.
Iklan
Iklan
Menariknya, penghasilan semula Friends : The Reunion selepas 17 tahun itu akan menyaksikan ke semua bintang beraksi tanpa skrip.
Ia juga akan menampilkan beberapa bintang ternama seperti David Beckham, Justin Bieber, BTS, James Corden, Cindy Crawford, Cara Delevingne, Lady Gaga, Elliott Gould, Kit Harington, Larry Hankin, Mindy Kaling, Thomas Lennon, Christina Pickles, Tom Selleck, James Michael Tyler, Maggie Wheeler, Reese Witherspoon dan Malala Yousafzai.
Terdahulu, Friends merupakan sebuah sitkom televisyen Amerika Syarikat yang dicipta oleh David Crane dan Marta Kauffman.
Siri popular ini pernah ditayangkan sehingga 2004 dengan jumlah keseluruhan episod sebanyak 236. Ia berkisarkan enam orang rakan berusia di antara 20-an hingga 30-an yang tinggal di Manhattan.
[embed]https://youtu.be/WPqOGFBiACo[/embed]
Artikel Berkaitan