Trending di Twitter, Iman Troye nyahaktif akaun selepas dikecam

Iklan
Untitled design - 2021-05-25T163112.077

SEJAK semalam, nama penyanyi baharu, Iman Troye trending di Twitter selepas memuat naik satu ciapan berbaur sindirian pada Ahad.

Iman Troye atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Shahabudin telah menulis satu kenyataan sinis mengenai angka kes jangkitan harian Covid-19 yang semakin meningkat.

Iklan
Iklan

"Happy 6.9K everyone. Congratulations. (Selamat 6,900 semua. Tahniah.) Harap esok dapat 7,000,” tulisnya.

Bagaimanapun ciapan Iman itu telah mengundang kecaman ramai, kerana dia dilihat tidak sensitif di saat kes yang semakin meningkat dan perjuangan barisan hadapan bergelut dalam menyelamatkan nyawa ramai pesakit Covid-19.

Iklan

Dek ciapan dan kecaman itu, nama Iman Troye kekal trending di tangga pertama di Twitter sehingga petang ini. Lebih-lebih lagi apabila kes baharu Covid-19 mencatatkan jumlah 7,289.

Iklan

Mungkin tidak tahan dengan kecaman bertalu-talu oleh pengguna Twitter yang lainnya, penyanyi yang popular menerusi lagu Teman itu memilih untuk menutup akaun Twitternya.

Sehingga kini, Iman tidak memberi sebarang kenyataan berhubung tindakannya itu.