Cartoon Network Sajikan ‘Keriangan Keju’ bersama Tom And Jerry

Iklan
Tom and Jerry

SEMPENA Hari Keju Sedunia yang akan disambut pada 4 Jun depan, Cartoon Network menjemput semua peminat setianya untuk turut serta dalam keseronokan bersama Tom and Jerry.

Menerusi tema resipi kek keju tanpa dibakar yang boleh dinikmati seisi keluarga, ia menjadi sebahagian daripada aktiviti pengerat hubungan sewaktu musim cuti sekolah.

Iklan
Iklan

Selain resipi bertemakan keju, penonton juga boleh memuat turun pek stiker, Tom and Jerry’s Cheese Day WhatsApp di https://tomandjerry.cartoonnetworkasia.com.

Cartoon Network juga menyediakan video memasak untuk membantu mengasah bakat kulinari penonton cilik.

Iklan

Jadikan ia sebagai cabaran musim cuti sekolah di rumah, bersama dengan lebih daripada 150 aktiviti yang tersedia di mikrosit Best Summer Ever Cartoon Network di www.cartoonnetworkasia.com/bestsummerever.

Terokai juga seksyen Gymsville with Tom and Jerry untuk merangsang jantung berdegup kencang dengan video set senaman rahsia Tom supaya anda kekal cergas dan aktif, serta membantu membakar kalori daripada kek keju yang enak.

Iklan

Bermula 21 Mei lalu, penonton boleh mendapatkan seorang teman untuk mencuba Go Get Cheese Instagram filter, di mana mereka boleh menjadi #TeamTom dan mengejar Jerry bagi mendapatkan semula separuh daripada keju yang dicurinya atau menyertai #TeamJerry bagi merasai keterujaan melarikan diri daripada musuhnya itu.

Tidak hanya itu, lengkapkan pengalaman Tom and Jerry anda dengan pelbagai rancangan istimewa di Cartoon Network (Astro Saluran 615 HD).

Bermula 31 Mei hingga 4 Jun, jangan ketinggalan mengikuti episod baharu Tom and Jerry Show pada jam 11.30 pagi. Manakala tayangan filem istimewa Tom and Jerry: Willy Wonka and the Chocolate Factory pula, pada 4 Jun, jam 12.30 tengah hari.

Untuk lebih aksi kucing-dan-tikus, penonton boleh strim tayangan di HBO GO untuk menonton Tom and Jerry pada bila-bila masa, di mana sahaja.

 

(FOTO: Cartoon Network)