Friends: The Reunion bawa penonton imbau nostalgia lalu

Iklan
Friends: The Reunion

BUAT pertama kalinya dalam tempoh 17 tahun, sitkom ikonik, Friends kembali menyatukan barisan pelakon asalnya dalam satu sambutan khas siri kegemaran ramai itu.

Friends: The Reunion yang menampilkan Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry dan David Schwimmer itu akan mengimbau momen-momen kegemaran dan malar segar dalam siri itu.

Iklan
Iklan

Program eksklusif yang diarahkan oleh Ben Winston itu memberi apresiasi kepada siri ikonik tersebut untuk terus menyelami semangat mereka dengan pelbagai aksi lucu, manis, penuh gelak tawa dan tangis.

Iklan

Menariknya mereka kembali ke panggung asal komedi ikonik tersebut dirakamkan iaitu di Stage 24, di lot Warner Bros. Studio di Burbank sempena sambutan siri kesayangan ramai itu tanpa skrip.

Selain pelakon asal, ia juga akan turut menampilkan ramai tetamu jemputan termasuk David Beckham, Justin Bieber, BTS, James Corden, Cindy Crawford, Cara Delevingne, Lady Gaga, Elliott Gould, Kit Harington, Larry Hankin, Mindy Kaling, Reese Witherspoon dan lain-lain.

Iklan

Friends: The Reunion bakal bersiaran secara eksklusif pada waktu siaran sama seperti di Amerika Syarikat iaitu pada 27 Mei ini, jam 3.01 petang, melalui HBO GO, selain tayangan hari sama di saluran HBO (Astro Ch 411 HD) jam 9 malam.

 

(FOTO: HBO MAX)