“Tiada niat menghina, cetus perbalahan.” Ryzal DurianKimchi mohon maaf isu gurauan pakaian tradisional Iban

Iklan
1

KEPELBAGAIAN kaum adalah antara ciri  keunikan Malaysia.  Tanpa pertelagahan, rakyat daripada pelbagai kaum dan adat negara ini hidup dalam suasana aman dan harmoni.

Salah satu faktor wujudnya keharmonian ialah sikap saling hormat menghormati antara kaum, budaya dan adat resam termasuklah amalan dan pakaian tradisional.

Iklan
Iklan

Memahami hakikat ini, Instagram terkenal dan pempengaruh Ryzal Ibrahim memohon maaf atas ketelanjuran kata-katanya tentang pakaian tradisi kaum Iban yang dikatakan warganet sebagai satu penghinaan.

Iklan

Anak sulung daripada lima adik beradik ini menyifatkan tuturnya di dalam video berkenaan sebagai gurauan tanpa ada niat untuk menghina.

Iklan

Menyedari sensitiviti kaum Iban, pemuda asal Kota Bharu ini bagaimanapun telah memadamkan Instastory berdurasi 55 saat itu.

Baca juga Dari Seoul Ke Kuala Lumpur : Ryzal Teruja Berpuasa Dan Berhari Raya Bersama Maryam Di Negara Sendiri

Manakala dalam hantaran kedua, lelaki ini turut berkongsi video permohonan maaf berdurasi 7.08 minit. Dia memohon kemaafan seandainya mengguris hati kaum Iban dan menyatakan dia tidak mempunyai niat untuk menghina apatah lagi mencetuskan perbalahan. Katanya Maryam tidak terlibat dalam perkara ini.

Ryzal Ibrahim atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal, 29 dan isterinya, Maryam You Narae, 28 terkenal di saluran Youtube Duriankimchi.

Mereka sebelum ini menetap di Korea Selatan sebelum pulang ke Malaysia pada September 2020 lalu.

Walaupun tidak terlibat dalam isu ini, Maryam juga tampil dengan video permohonan maaf walau pun dia tidak terlibat dengan isu video berkenaan.

Bagaimana pun, di laman Twitter, video tersebut telah pun tersebar dan rata-rata warganet mengakui terkesan dengan kata-kata Ryzal.

@fabian_rossi21-"So mamat Melayu yang kawin dengan Minah Korea tu have the audacity hina pakaian tradisi org Iban. Ni dah bukan cultural appropriation ni dah menghina. Golongan ni yang still fikir org Sarawak duduk atas pokok, pakai cawat and held back. F*** you @ryzalibrahim.”

"Ni lah jenis orang dah ada nama. Try hard sangat sampai lupa adab. So disappointed.”@amandanzli

"Study dulu sejarah iban, dah tahu rasanya tak berani kau nak post content macamtu tadi- anak iban dah famous sampai Hollywood.”-@syazzosman

"Sepatutnya kita rasa bangga dengan pakaian tradisi yang dimiliki rakyat Malaysia.. tak kira bangsa , setiap pakaian itu lambang sebuah tradisi sesuatu bangsa..”-@ZohaIrwan

Sensitiviti antara kaum sangat perlu dijaga untuk menjamin keharmonian antara kaum. Justeru, diharapkan dengan perkara seumpama ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita  masa akan datang.

Sumber: @ryzalibrhm, @maryamyunrrr & @fabian_rossi21