HARI ini tular di media sosial tentang gempa bumi bakal melanda di beberapa daerah di Malaysia antaranya Ipoh dan Kuala Kangsar, Perak dan Gua Musang, Kelantan.
Ramalan dikeluarkan oleh Pusat Seismologi Kebangsaan India, gempa bermagnitud 5.1 pada skala Richter itu diramalkan berlaku 10km di bawah bumi.
Sementelah, pusat gempa pula di Ipoh, Perak pada Rabu (26 Mei 2021) pukul 9.38 malam waktu tempatan.
[caption id="attachment_47525" width="1024"] Gambar hiasan[/caption]
Berdasarkan data seismik awal yang dikeluarkan di VolcanoDiscovery.com gempa tersebut seharusnya tidak menyebabkan kerosakan besar.
Gegaran lemah mungkin terasa di beberapa daerah Perak seperti Kuala Kangsar, Taiping dan Bagan Serai serta Gua Musang, Kelantan.
Menurut pakar geologi Malaysia akaun Facebook Omén Necrofis terdapat ralat notikasi gempa bumi seumpama itu sering berlaku.
Selain itu, beliau menambah gempa pada magnitud kecil disebabkan oleh pelbagai faktor, namun Semenanjung Malaysia tidak akan menjana gempa bumi kuat.
Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia juga turut menafikan isu kejadian gempa bumi yang sedang tular di media sosial.
Perkara ini memberikan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Sumber: www.volcanodiscovery.com dan Omén Necrofis