DJ Radio Brunei share tip, rahsia setahun bebas Covid-19

Iklan
brunei

TAHNIAH warga Brunei!

SETAKAT artikel ini ditulis bersamaan 28 Mei 2021, negara Brunei Darussalam dilaporkan sifar kes lokal jangkitan Covid-19 selama setahun.

Iklan
Iklan

Negara yang mempunyai 450,000 penduduk itu pertama kali merekodkan kes Covid-19 pada 9 Mac 2020. Bagaimanapun, pemerintah dan kerajaan pantas bertindak membendung penularan virus bahaya tersebut.

Apakah yang dilakukan oleh negara jiran sehingga mereka berjaya mencapai setahun bebas Covid-19 (kes lokal)? Adakah prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan berbeza dengan Malaysia?

Iklan

Artikel berkaitanBrunei Genap Setahun Bebas Koronavirus, Kes Tempatan Terakhir 6 Mei 2020

[caption id="attachment_47642" width="1024"] KEPATUHAN dan disiplin rakyat Brunei mematuhi SOP ditetapkan kerajaan berjaya mengekang kes lokal jangkitan Covid-19 selama setahun di negara tersebut.[/caption]

Iklan

Jom ikuti kupasan lanjut sesi Live SinarPlus kendalian Addy Junaidi bersama Penyampai Radio Pelangi FM, Ashraff Rannil mengenai pencapaian negara Brunei setahun bebas Covid-19 (kes lokal) baru-baru ini.

[caption id="attachment_47654" width="1024"] PENYAMPAI Radio Pelangi FM, Ashraff Rannil berkongsi 'rahsia' kejayaan Brunei Darussalam genap setahun bebas daripada kes lokal jangkitan Covid-19.[/caption]

Bagaimana keadaan Brunei ketika ini?

Alhamdullilah...bersyukur kepada-NYA kerana genap setahun Brunei Darussalam setahun bebas daripada kes lokal jangkitan Covid-19.

Kerajaan di bawah naungan Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah, pihak kerajaan dan agensi swasta telah menjalankan tugas masing-masing.

Pun begitu, rakyat Brunei masih mematuhi SOP seperti menjaga penjarakan fizikal dan memakai mask (pelitup muka). Jika tidak sihat pastikan tidak keluar rumah dan berada di kawasan sesak.

Apabila disebut genap setahun bebas daripada kes Covid-19, adakah itu bermakna zero (sifar) kes atau masih ada kes aktif di sana?

Pada 25 Mei 2021 dilaporkan terdapat enam kes aktif, tetapi semua kes import. Mereka ditempatkan di Pusat Pengasingan Kebangsaan daerah Tutong.

Brunei berjaya mengekang penularan dengan begitu efisien. Boleh kongsikan apakah langkah-langkah dilakukan yang boleh dijadikan rujukan buat kami (Malaysia)?

Antara langkah yang dilakukan masyarakat Brunei, ke mana saja lokasi dikunjungi sama ada restoran, pusat beli-belah ataupun spa kami perlu mengimbas kod QR menggunakan aplikasi BruHealth.

[caption id="attachment_47648" width="1024"] BRUHEALTH merupakan aplikasi yang membantu memudahkan pengesakan kontak Covid-19 dalam kalangan pengguna dan perniagaan.[/caption]

Ini termasuklah sentiasa mengemaskini aplikasi berkenaan bagi memudahkan proses pengesanan kontak dilaksanakan kemudian hari.

Bercakap tentang SOP, bagaimana respon ataupun kerjasama daripada rakyat Brunei terhadap SOP ditetapkan kerajaan? Maklumlah, bukan semua orang berlapang dada untuk menerima normal baharu.

Alhamdullilah...saya berbangga mengatakan warga Brunei amat patuh pada SOP dikeluarkan. Hasilnya, dengan kepatuhan itu kami berjaya mencapai setahun tanpa Covid-19 (kes lokal).

Tapi, demi mencegah penularan virus itu kerana ia bukan perkara yang main-main, maka kami perlu akur SOP.

Adakah pandemik Covid-19 memberikan impak terhadap diri Ashraff?

[caption id="attachment_47649" width="1024"] ASHRAFF memendam rindu untuk meneroka luar negara dan berharap dunia segera pulih daripada serangan virus Covid-19.[/caption]

Semestinya terkesan! Sebelum ini saya turut mengusahakan bisnes hostel di Capital Centre Bandar Seri Begawan.

Hanya kerana koronavirus sempadan Brunei ditutup, walhal bisnes saya sebahagian besarnya bergantung pada kemasukan pelancong di Brunei.

Bukan itu sahaja, saya sendiri berasa stuck kerana tidak berpeluang ke sana dan sini memandangkan dua bulan sekali lazimnya meneroka negara-negara luar.

Apakah harapan Ashraff mengenai pandemik Covid-19?

Situasi ini amat menakutkan dan bukan konspirasi mana-mana pihak. Saya berdoa semoga Brunei, Malaysia dan seantero dunia segera bebas daripada koronavirus.

Foto: Instagram @ashrannil, Canva dan Forbes