Pekerja yang perlu ke tempat kerja tempoh PKP3.0, ini tindakan yang perlu dilakukan

Iklan
kerja dari rumah

PENINGKATAN jumlah jangkitan baharu Covid-19 semakin menakutkan.

Masakan tidak, sepanjang minggu ini angka laporan seharian telah mencecah lebih 8,000 kes.

Iklan
Iklan

Buktinya, hari ini sahaja negara mencatat angka paling tertinggi sebanyak 8,290 kes dilaporkan.

Iklan

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) berkuatkuasa pada 12 Mei lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, beberapa sekatan dan penutupan sektor telah dibuat termasuk arahan bekerja dari rumah.

Iklan

Beliau menambah, arahan bekerja dari rumah telah dinaikkan semasa PKP 3.0 diperketatkan mulai 25 Mei lalu.

Namun, tren peningkatan kluster di tempat kerja dilihat semakin membimbangkan.

Namun begitu, ujarnya terdapat pula peningkatan bilangan sub-kluster pembuatan sebanyak 14 kluster dalam seminggu sebelum PKP 3.0, berbanding 21-25 dalam seminggu selepas PKP 3.0.

Sehubungan itu Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan majikan melaksanakan langkah pencegahan di tempat kerja.

1. Tanggungjawab majikan di tempat kerja;

  • Menyediakan tempat mencuci tangan atau pensanitasi tangan.
  • Amalan penajrakan sosial satu meter di ruang kerja dan makan.
  • Elakkan pekerja berkumpul di ruang yang sempit.
  • Elakkan terlalu ramai pekerja dalam satu masa.
  • Amalkan satu meter semasa bertutur.
  • Kerap melakukan proses nyah kuman dan nyah cemar di ruang guna sama.

2. Tanggungjawab majikan di tempat penginapan pekerja;

  • Elakkan 3C / 3S seperti yang telah disarankan;
  • Pastikan katil atau tempat tidur disusun mengikut penjarakan sekurang-kurangya 1 hingga 2 meter antara satu sama lain;
  • Elakkan penyediaan makanan secara berkumpulan atau beramai-ramai;
  • Elakkan makan beramai-ramai di ruang makan;
  • Pastikan tempat tonton TV atau ruang rehat tidak sesak pada masa yang sama;
  • Pastikan kebersihan tempat penginapan termasuk tandas dan persekitarannya.

3. Tanggungjawab pekerja;

  • Memakai pelitup muka.
  • Tidak bersembang dekat.
  • Menjaga kebersihan tempat makan dan fasiliti guna sama.
  • Memantau gejala.

Jika bergejala;

i) Maklumkan kepada majikan

ii) Elakkan datang bertugas.

iii) Dapatkan pemeriksaan segera.

Moga kita terus mengamalkan SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Sumber: MKN