MELIHAT kepada norma baharu ketika ini, ramai antara kita yang perlu 'berubah angin' seperti sebelum ini menyelesaikan tugasan di pejabat telah beralih ke rumah pula.
Bukan sahaja bagi individu yang bekerja, bahkan golongan pelajar juga meneruskan pembelajaran mereka secara online menerusi kaedah Pengajaran & Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
Ditambah pula apabila kerajaan kini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh selama 14 hari bermula 1 Jun ini.
Disebabkan itu, banyak masa dihabiskan di rumah dan tanpa sedar kemalangan boleh juga boleh berlaku sekiranya tidak berhati-hati.
Pendek kata, malang tidak berbau. Oleh itu, berikut Sinarplus senarai cadangan barangan yang perlu ada sekiranya berlaku kecemasan di rumah:
1. Bekalan makanan
Sediakan bahan makanan yang mencukupi di rumah terutama keperluan asas seperti telur, minyak masak, gas memasak dan beberapa makanan lain.
Tidak dinafikan keadaan sebegini tidak boleh memilih mamakanan, tetapi sebaiknya pilihlah untuk membeli makanan sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan selain elakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan perisa MSG.
2. Alat pemadam api
Simpan alat pemadam api di tempat yang selamat terutaka di kawasan yang berisiko berlaku kebakaran seperti dapur.
Alat pemadam api juga boleh didapati dalam pelbagai saiz mengikut harga dan kesesuaian.
3. Ubat-ubatan
Peti kecemasan yang lengkap perlu ada di setiap rumah sebagai alat bantuan kecemasan sekiranya kemalangan berlaku.
Bagi ubat-ubatan tertentu seperi alergi, selesema atau batuk perlu disimpan dengan baik agar tidak berlaku kerosakan dan juga mudah untuk dingati.
4. Besen atau bekas simpanan
Sekiranya berlaku masalah gangguan air, besen dan bekas tersebut boleh digunakan untuk menyimpan atau menadah air hujan.
Lakukan penyimpanan air dalam keadaan bersih agar boleh digunakan untuk memasak dan keperluan asas selainnya.
Paling utama elakkan penyimpanan air secara terbuka kerana ia boleh mengundang perkara tidak diingini seperi pembiakan nyamuk.
5. Mancis dan lilin
Mungkin penggunaan lilin dianggap konvensional jika dibandingkan penggunaan lampu suluh sekirnya bekalan eletrik terputus.
Penggunaan lilin dan mancis ini bagaimanapun boleh membantu menjimatkan penggunaan bateri lampu suluh atau telefon bimbit terutama ketika waktu kecemasan.
Pastikan tempat lilin dan mancis disimpan di tempat yang selamat dan jauhkan daripada kanak-kanak. Bagai kata pepatah, api kecil menjadi kawan apabila besar menjadi lawan.
Diharapkan perkongsian ini secara tidak langsung dapat membantu kita bersedia sekiranya berlaku kecemasan di rumah.
Paling utama jangan panik dan sekiranya keadaan pesakit dilihat bahaya, segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.
Nota: Sekiranya tiada urusan penting, duduk saja di rumah agar penularan virus Covid-19 dapat dihentikan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh selama 14 hari bermula esok.