MUNGKIN ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangannya yang membahasakan dirinya kakak kepada Siti Aafiyah, anak perempuan Datuk Sri Siti Nurhaliza.
Pada awalnya ada yang beranggapan ahli keluarga mereka tetapi tanggapan itu ternyata silap kerana wanita berkenaan adalah sebenarnya Dayah Zubit, pengasuh kesayangan Aafiyah.
Terbaru, wanita berusia 25 tahun itu selamat bernikah dengan pemain sayap pasukan bola sepak Terengganu FC II (TFC II) Ridzuan Razali dan dipercayai diadakan di sebuah dewan di Sungai Petani, Kedah.
Dayah yang berasal dari Padang Serai, Kedah mempunyai hubungan yang rapat dengan Aafiyah. Dia juga pernah menolak tawaran bekerja dengan jawatan tetap dari Kementerian Kesihatan Malaysia demi kasih sayangnya kepada anak sulung Datuk Sri Siti Nurhaliza itu.
Menerusi aplikasi Story di Instagram, Dayah yang memulakan kerjaya sebagai pengasuh Aafiyah pada 21 Mei 2018 berkongsi rakam layar video call bersama Aafiyah dan melahirkan perasaan sedih apabila Aafiyah tiada bersama pada hari bahagia.
Selain itu, Datuk Sri Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tokti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa juga menaja busana pernikahan pasangan berkenaan rekaan dari Rizman Ruzaini.
Tahniah diucapkan kepada Dayah dan suami atas pernikahan. Semoga perkahwinan dibina kekal bahagia sehingga ke syurga.
Sumber: @dayahzubit & @ezasyzani_