Lebih 24 jam baru kebumi dek ikut 'office hour', kuota dan terpaksa rayu lot kubur, skuad urus jenazah Covid-19 dedah cabaran birokrasi

Iklan
5

KES kematian akibat wabak Covid-19 semakin meningkat saban hari. Hal ini tentunya memerlukan proses pengurusan yang cekap agar pengebumian dapat dilakukan dengan pantas.

Di Malaysia, jumlah kumulatif kes positif mencecah 565,533 kes dengan kadar sembuh sebanyak 86%. Bagi kadar kematian keseluruhan dunia adalah 2.1% manakala kadar kematian di Malaysia sehingga 30 Mei 2021 adalah 0.48%.

Iklan
Iklan

Kajian saintifik dan laporan forensik hasil"post mortem” membuktikan bahawa jenazah pesakit Covid-19 misalnya bendalir yang keluar dari jenazah mempunyai potensi kebolehjangkitan.

Iklan

Oleh itu, KKM telah menyediakan tatacara tertentu bagi pengendalian jenazah pesakit COVID-19 untuk membendung penularan pandemik ini.

Iklan

Menurut Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM),Ustaz Muhammad Rafieudin Zainal Rasid, menerusi perkongsian di laman Facebook, beliau melahirkan rasa kecewa terhadap sebilangan pihak yang menguruskan tanah perkuburan di sekitar ibu negara serta negeri Selangor.

Beliau turut mengutarakan empat perkara utama yang menjadi kebimbangannya dalam menunaikan tanggungjawab fardhu kifayah ini terutamanya perkara yang berkaitan birokrasi seperti kuota, penempatan kubur, waktu pengebumian yang perlu mengikut waktu pejabat dan masalah kekurangan petugas.

Katanya tanah kubur  terhad apabila hanya 10 jenazah dibenarkan untuk dikebumikan setiap hari iaitu tujuh untuk kes biasa manakala berkaitan Covid-19 pula hanya tiga kes sahaja.

Apa yang menyedihkan beliau ialah situasi jenazah yang terpaksa 'ditolak ke sana dan ke sini' kerana si mati bukan kariah di kawasan tersebut.  Malah ada jenazah yang dikebumikan selepas 24 jam kerana kesukaran mendapatkan kubur kerana isu kuota dan luar kariah.

Beliau turut berharap perkara ini dapat membuka mata dan minda pihak berkaitan seterusnya mempermudahkan urusan berhubung perkara ini.

Syukur adanya badan bukan kerajaan seperti SPJM yang sukarela membantu dalam hal pengebumian pesakit Covid-19 ini. SinarPlus mendoakan agar lebih ramai lagi tampil secara membantu dalam hal membabit menguruskan jenazah Covid-19 ini.

Sumber: Skuad Pengurusan Jenazah - SPJ Malaysia