Benarkan 95,142 syarikat beroperasi total lockdown, ditapis sepenuhnya atau bergantung sistem semata? Ketelusan MITI dipersoal

Iklan
polis sekatan jalan raya

UMUM maklum negara kita sedang melaksanakan bawah perintah Sekatan Perjalanan Penuh (SPP) atau total lockdown fasa pertama antara 1 hingga 14 Jun 2021.

Sepanjang tempoh tersebut semua sektor sosial dan ekonomi tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) sahaja.

Iklan
Iklan

Semalam, MITI mengesahkan sebanyak 95,142 syarikat memperoleh kelulusan untuk beroperasi semasa tempoh SPP tersebut.

Iklan

Menurut satu kenyataan, daripada jumlah itu sebanyak 517,144 syarikat dengan 9.67 pekerja adalah berdaftar di bawah Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0) kelolaan kementeriannya setakat jam 12 tengah semalam.

Iklan

Pun begitu, lain pula yang berlaku pada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Fadhil Roslizan.

Beliau mengatakan, syarikatnya yang menjalankan perkhidmatan fotografi diluluskan MITI untuk beroperasi, walhal secara jelas ia bukan essential.

Namun demikian, beliau sekadar mengemaskini sahaja dan memberitahu bahawa syarikatnya tetap tidak akan beroperasi walaupun mendapat kelulusan.

Katanya, pihak MITI harus ambil langkah drastik menapis setiap pemohonan.

Sementara itu, Twitter @MITIMalaysia turut memberi respon terhadap isu tersebut.

Baca juga Jangan terlalu selesa walaupun sudah divaksin. Selagi 80% belum disuntik, patuhi SOP

Bagaimanapun, posting tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Kata mereka: