[VIDEO] Azza Elite dedah dapatkan rawatan kesihatan mental. Badan menggigil, menangis bimbang terlampau

Iklan
azza elite

PADA minggu lalu, pelakon dan penyanyi kumpulan Elite, Azza Elite berkongsi sebuah video di laman sosial Instagramnya @azzaelite.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu kelihatan pemilik nama sebenar, Noor Azzarima Zawari, 43, menangis teresak-esak merayu pihak kerajaan segera melaksanakan total lockdown ekoran peningkatan kes harian.

Iklan
Iklan

Malah, Azza Elite turut meluahkan kebimbangannya terhadap situasi pandemik Covid-19 di negara ini semakin menjadi disebabkan masalah dialami. Apakah masalah tersebut?

Jom ikuti kupasan lanjut sesi Live SinarPlus kendalian Addy Junaidi bersama Azza Elite pada Jumaat lalu.

Iklan

Boleh kongsikan keadaan Azza ketika ini bersama pembaca SinarPlus?

Alhamdullilah...sihat. Cuma sekarang ini kekal berada di rumah mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mana keluar apabila ada keperluan sahaja.

Iklan

Seharusnya semua rakyat Malaysia perlu ada kesedaran untuk terus mematuhi SOP (prosedur operasi standard) supaya kita dapat menurunkan kes jangkitan Covid-19 pada kadar segera.

[caption id="attachment_48182" width="640"] AZZA (kiri) merupakan salah seorang anggota kumpulan Elite yang kini comeback dengan single terbaharu berjudul Alhamdullilah.[/caption]

Tambahan pula, situasi hari ini sukar untuk mengenal pasti siapa pembawa virus tersebut. Jangan percayakan sesiapa, waima kawan sendiri.

Baru-baru ini Azza berkongsi tentang kesedihan di media sosial. Boleh ceritakan lebih lanjut mengenai situasi itu?

Sedih kerana terpisah dengan ibu dan ayah di kampung gara-gara pandemik Covid-19 yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir.

Apatah lagi, membaca pengalaman orang lain yang kehilangan insan tersayang, tetapi tidak dapat melihat dan menguruskan 'pemergian' itu. Insiden berkenaan membuatkan saya bertambah sedih.

Adakah kesedihan yang berselirat antaranya berpunca daripada anxiety disorder (gangguan kebimbangan) dialami?

Ya, sukar untuk menidakkannya. Saya mula mengalami anxiety sekitar tahun 2014 berpunca daripada masalah gastrik dan GERD (refluks asid).

Sehingga pada satu tahap saya terpaksa join grup untuk membantu mengatasi masalah kesihatan mental sedemikian.

Pada masa sama, turut diselubungi paranoid tahap sederhana baik terhadap diri sendiri, keluarga mahupun orang sekeliling.

Enggan kerana kecuaian diri akan menjadi punca mereka dijangkiti Covid-19. Perasaan takut itu datang bertalu-talu. Bahkan, nak ke pasar raya pun bimbang tambahan pula kawasan rumah berada di zon merah. Jadi solusi terbaik membeli barang secara online.

[caption id="attachment_48184" width="1024"] BIMBANG dengan pandemik Covid-19 hari ini, Azza lebih selesa membeli barangan secara online supaya tidak terdedah dengan virus di luar sana.[/caption]

Selain itu, bagi meredakan perasaan cemas saya cuba jauhkan diri buat sementara waktu daripada media sosial.

Elak membaca situasi orang lain yang meninggal dunia disebabkan Covid-19. Berita sedemikian boleh menyebabkan anxiety menjadi-jadi.

Mungkin ada punca sampingan yang membuatkan Azza terlampau sedih lalu menangis teresak-esak di Instagram pada minggu lalu?

Pada waktu itu, saya terlalu terkejut membaca laporan KKM yang mana jangkitan positif harian Covid-19 melebihi 7,000 kes.

Ditambah pula, dengan berita ada pesakit lari meninggalkan Maeps (Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah). Tidak kurang juga lari dari hospital ke pusat beli-belah. MasyaALLAH mengapa situasi ini perlu berlaku?

Nasihat Azza kepada pembaca SinarPlus dalam berdepan pandemik Covid-19?

Sekiranya ada gejala dan berasa kurang sihat, jangan bersikap sambil lewa sehingga membahayakan orang lain. Segera berjumpa doktor untuk tindakan lanjut seperti menjalani ujian calitan Covid-19.

Siapa sahaja tidak terkesan dek pandemik ini bisnes saya juga tidak terkecuali. Tapi, apa-apa pun kekal berada di rumah, patuh SOP dan cuba berniaga secara online. Insya-ALLAH tetap ada rezeki kita.

Teruskan berdoa pada ALLAH supaya negara kita bebas daripada virus jahat ini.