Mengucap kalimah syahadah, video call sebelum 'ditidurkan'. Nurse kongsi kisah pilu perjalanan akhir pesakit Covid-19

Iklan
2

VIRUS Covid-19 bukan sahaja memberikan kesan pada fizikal, malah turut mendera mental dan emosi.

Sehingga kini, dunia masih bergelut memerangi pandemik Covid-19. Pelbagai usaha dilaksanakan untuk memenangi peperangan ini.

Iklan
Iklan

Kerjasama diberikan seluruh rakyat Malaysia dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP), pengorbanan petugas barisan hadapan dan petugas belakang tabir (backliners) berdepan wabak tersebut amat dihargai.

Iklan

Kebelakangan ini, data klinikal menunjukkan beberapa faktor yang menyumbangkan pada peningkatan kadar kematian di Malaysia.

Antaranya lebih ramai pesakit kategori 3, 4 atau 5 ketika mendapatkan rawatan di hospital telah mempunyai komplikasi akibat jangkitan Covid-19 berbanding pada awal pandemik.

Iklan

Malah, terdapat jangkitan virus yang lebih agresif dan kurang menunjukkan respon terhadap rawatan juga punca kematian semakin meningkat.

Keadaan ‘happy hypoxia’ yang mana mana pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala dan tidak menyedari mengalami masalah kekurangan oksigen turut menyebabkan pertambahan jumlah kematian saban hari.

Lebih mengecewakan, terdapat pesakit yang tidak memaklumkan sejarah kontak rapat dan sejarah penyakit sedia ada seperti kencing manis, darah tinggi sehingga memburukkan lagi keadaan.

Begitulah kisah pesakit Covid-19. Lain orang, lain cerita pilunya seperti mana yang dikongsikan seorang jururawat, Shahrin Sahbudin di laman sosial Facebook.

Perkongsian beliau tentang pesakit yang dijaga meninggal dunia ketika ‘ditidurkan’ menerima sebanyak 28,000 respon daripada warganet.

Shahrin berkongsi saat terakhir pesakitnya itu melalui beberapa prosedur sebelum dikomakan dan pernafasan bergantung kepada ventilator.

 

Untuk makluman semua, apabila pesakit Covid-19 berada pada tahap lima iaitu paling serius mereka memerlukan bantuan ventilator untuk bernafas.

Bagi tujuan itu pesakit akan melalui proses intubasi yang mana tiub dimasukkan ke dalam saluran trakea ke paru-paru.

Prosedur yang amat menyakitkan dan berkemungkinan pesakit akan ‘berlawan’ dengan mesin untuk bernafas.

Hal itu akan menyukarkan dan memberikan kesan teruk kepada paru-paru. Oleh sebab itu, pesakit akan dibius koma supaya relaks sepanjang menerima rawatan.

Bahayanya virus Covid-19 sehingga ramai telah terkorban. Semoga kita dilindungi daripada virus Covid-19 ini.

Jangan lupa terus patuhi SOP sepanjang total lockdown fasa pertama ini. #kitajagakita

Kredit: Shahrin Sahbudin via KKM