PERKONGSIAN Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laman sosial Facebook tentang 'pintu depan' mengundang tanda tanya dalam kalangan warganet.
Status tersebut dimuatnaik bersama sekeping foto yang memaparkan dirinya sedang menutup pintu pejabat.
Hantaran Facebook bekas peguam lulusan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya yang disertakan bersama kapsyen tergantung nampaknya mengundang teka-teki.
"Saya dah tutup pintu depan tapi ....................," katanya disertai emoji sedih.
Walaupun hantarannya tidak merujuk kepada mana-mana pihak, menerusi ruangan komen netizen menyifatkan kata-kata itu penuh tersirat.
Semalam, beliau juga turut memuatnaik video tinjauannya di sekitar ibu negara. Dalam video berkenaan, beliau dilihat berkain pelikat dan memandu sendiri.
"Saya sungguh terharu.
"Sempat saya meronda melihat sendiri keadaan kotaraya malam tadi. Saya puji sikap anda semua yang memberi kerjasama untuk terus #stayhome.
"Juga, berhenti singgah di sekatan jalan raya bertanyakan khabar kepada 'frontliner'.. Insya-ALLAH, kita fight together guys,” tulis beliau di Facebook.
Direkodkan, Ismail Sabri menyandang jawatan sebagai Menteri Kanan Keselamatan sejak 9 Mac 2020 dan bekerja keras tatkala negara dilanda pandemik.
Beliau juga menjadi 'wajah kesayangan' rakyat Malaysia tambahan pula acap kali bergandingan bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah membentangkan laporan mengenai Covid-19.
Semoga dipermudahkan urusan para pemimpin negara dalam melalui saat-saat genting ini. Diharapkan usaha kita dalam mematuhi total lockdown ini tidak sia-sia.
Sumber: FB Ismail Sabri